Loading...
Wednesday, September 3, 2014

Nas T: 'Belajar dari pengalaman lalu'


ARTIS MELETOP

Nas T: 'Belajar dari pengalaman lalu'



BIARPUN sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, Nas-T mengakui dirinya masih lagi belum punya calon yang sesuai.

Malah, pelakon berusia 31 tahun ini memberitahu, dia juga langsung tidak menetapkan sebarang sasaran untuk berkahwin sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada takdir.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga?

"Hampir semua rakan-rakan saya sudah berkahwin dan punya anak. Ia membuatkan saya sedikit cemburu.

"Tapi, soal cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan Insya-Allah sekiranya dipertemukan dengan wanita yang sesuai pasti saya akan berkahwin," katanya kepada Zass.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Akui bekas kekasih Nabila Huda ini lagi, dia kini semakin cerewet dalam memilih pasangan.

"Saya bukan kecewa tetapi pengalaman lalu mengajar saya agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Bercinta bukan sekadar hanya hendak memberi peluang," katanya yang mengimpikan seorang gadis yang 'gila-gila' dan lasak sepertinya.

Jelasnya lagi, ada rakan-rakannya yang turut membantunya mencari pasangan, namun rezeki berjodoh masih belum datang kepadanya.

"Hubungan saya dengan hampir semua wanita yang diperkenalkan akhirnya hanya menjadi sebagai kawan biasa.

"Mungkin, saya lebih senang untuk mencari pasangan hidup saya secara sendiri," katanya.




Tidak hanya berfokus pada soal cinta, pemilik nama penuh Nas Muammar Zar Nasruddin sebaliknya memberikan keutamaan kepada kerjaya seninya, keluarga serta rakan-rakan yang banyak memberi sokongan moral kepadanya.

"Alhamdulillah, rezeki saya semakin bertambah sejak menjadi juara Fear Factor Malaysia musim kedua.

"Ini membuatkan saya terbuka untuk bekerja lebih kuat lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nas T kini terlibat dalam program hiburan, Suka Lattew di samping Alif Satar dan Shahrol Shiro di saluran Astro.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP