ARTIS MELETOP
STUDIO H Warnai Akademi Fantasia 2014
Ketika pentas AF2014 membuka tirainya pada minggu pertama, cabaran paling besar yang perlu dihadapi oleh mereka yang terlibat adalah membawa semula aura AF dan nilai prestijnya. Berpegangkanmotto “Realitinya di sini, Inilah AF”. Mesej yang ingin disampaikan cukup jelas di mana AF terus relevan, unggul dan terus dekat di hati peminat-peminatnya.
Contoh aura yang dibawa oleh Mawi dan bekas pemenang-pemenang lalu sebenarnya masih terkesan terhapada peminat program Akademi Fantasia sehingga ke hari ini. Tiada siapa dapat menidakkan kejayaan bekas pelajar-pelajar Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Shahir mahupun Hazama.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Memetik kata-kata Editor Studio H, Encik Badrul Hashim ketika pelancaran edisi pertama studio H, beliau menyatakan dengan ringkas bahawa Studio H bakal membawa revolusi terbaru di dalam dunia hiburan serta kesegaran dari aspek kreativiti di Malaysia.
Kreativiti secara keseluruhan walaupun bersifat subjektif, ia harus membawa mesej yang jelas dan bercerita dengan ringkas agar difahami oleh mereka yang melihatnya.
Justeru itu, majalah digital, Studio H tampil dengan konsep yang begitu unik dan versatil pada bulan ini apabila menampilkan edisi JUARA JUARA AKADEMI FANTASIA sebagai pengisi muka depan dan juga kandungan. Tanpa disangkal, pengisian muka depan bulan ini adalah simbolik terhadap aura AF yang kembali mewarnai dunia hiburan di Malaysia.
Tahniah Studio H di atas usaha yang berterusan ini. Realitinya di sini. Inilah AF!
Untuk mendapatkan edisi terbaru ini. Sila Muat turun di Google Play Store dan Apps Store dan layari www.akademifantasia.com.my untuk maklumat lanjut serta ikuti Studio H di Twitter @studioh_MY dan Instagram: StudioH_MY
0 comments:
Post a Comment