Loading...
Saturday, June 21, 2014

World Cup 2014 : Kisah Coklat


Thought Without Borders

World Cup 2014 : Kisah Coklat


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Coklat adalah manisan , kudap - kudapan , pencuci mulut yang digemari ramai orang . Sama ada di sini juga di negara lainnya , coklat adalah pujaan serta dambaan ramai manusia . Coklat dikatakan dapat memberi tenaga serta mengembalikan semangat kepada yang memerlukan . Namun , wajarkah apabila sesuatu keburukan / kesilapan berlaku , coklat dipersalahkan . ? Adakah benar coklat menjadi puncanya ?

alt image tag


Banyak pula pertanyaan kan . Apa kaitan coklat dengan bola sepak ? Rasanya dah ramai yang mengetahui tentangnya kan . Alkisahnya Uruguay telah kalah kepada Costa Rica dengan mata 1 : 3 . Setelah disiasat , mereka mendapati sama ada pemain dan penyokong kurang mengambil coklat Dulce de Lache .

Kalau pemain kekurangan tenaga sebab tidak memakan coklat Dulce de Lache , masih boleh diterima pakai . Tetapi kalau penyokong , rasanya macam kurang logik . Ini kerana persembahan pemain itu lebih menyumbang kepada kemenangan berbanding penyokong yang sekadar menaikkan semangat .

Difahamkan bahawa , memakan coklat adalah menjadi keutamaan kepada rakyat Uruguay . Atas sebab itulah , pasukan Uruguay telah membawa masuk coklat Dulce de Lache tetapi telah ditahan pihak kastam Brazil kerana dibimbangi mengandungi bahan lain yang tidak dibenarkan .


* NOTA :

Nak juga mencuba coklat karamel di makan bersama roti bakar .











0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP