Loading...
Monday, June 30, 2014

Bila Kentong Berbunyi


Lembaran Ilmu

Bila Kentong Berbunyi


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Sebelum adanya kemudahan elektrik , television dan radio , ada cara unik untuk memberitahu penduduk apabila sesuatu berlaku . Masyarakat zaman dahulu menggunakan kentong sebagai alat pemberitahuan . Oleh itu , bila kentong berbunyi , maka tahulah masyarakat setempat bahawa sesuatu telah berlaku .

Alat Pemberitahuan
Ketika zaman kecil saya , masih sempat merasai penggunaan kentong ini . Kentong akan di ketuk untuk memberitahu bahawa sudah masuk waktu solat , ada berlaku kematian dan menandakan masuknya waktu berbuka dan waktu imsak di bulan Ramadhan . Kentong ini dipukul mengikut jumlah berbeza untuk memberitahu tentang sesuatu dan penduduk akan tahu apa yang berlaku berdasarkan jumlah ketukkan .



Bagaimana Ia Dihasilkan
Kentong diperbuat daripada kayu padu . Kayu itu tadi ditebuk dibahagian tengahnya dengan bukaan yang kecil seperti pintu . Untuk hasilkan bunyi yang nyaring , bahagian dalam perlulah dikosongkan . Dengan lain perkataan , ada ruang kosong di bahagian dalam kentong . Anda boleh lihat gambar untuk lebih kefahaman .

Di mana Ia Diletakkan
Kentong biasanya diletakkan di sebelah pintu surau dan masjid . Bilal atau imam hanya perlu mengetuk mengguanakan kayu khas untuk menghasilkan bunyi bila ada pemberitahuan yang perlu dilakukan .


Mengimbau zaman kanak - kanak , bunyi kentong sangat bermakna bila masuk bulan Ramadhan . Kami akan sentiasa menanti - nantikan bunyinya untuk mengetahui masuknya waktu berbuka dan imsak dengan ditemani cahaya pelita bersama keluarga . Maklumlah , dikampung saya hanya ada elektrik pada pertengahan tahun 80 - an . pada ketika itu , hanya di pekan sahaja yang sudah ada elektrik .

Bila ada majlis di surau seperti Maulidur Rasul , budak - budak yang nakal akan cuba mengetuk kentong tapi tak menghasilkan bunyi yang kuat . Ada cara tertentu sebenarnya untuk menghasilkan ritma bunyi mengikut jenis pemberitahuan .

Sekaran , zaman itu sudah berlalu , anda generasi Y tentu tidak pernah merasai saat zaman saya kanak - kanak dahulu . Malah anda juga mungkin tidak pernah mengenali apa itu kentong . Di setiap tempat , istilahnya berbeza . Bagi saya orang jawa , kentong adalah namanya panggilannya .


* NOTA :

Zaman itu sangat indah untuk dikenang .













0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP