Loading...
Tuesday, June 24, 2014

ISIL rancang tubuh kerajaan baru


ARTIS MELETOP

ISIL rancang tubuh kerajaan baru



ERBIL - IRAQ. Kumpulan Sunni yang kini meluaskan pengaruh dan kawalan sehingga ke sempadan bahagian barat negara kini merancang untuk mewujudkan kuasa pemerintahan baru di negara tersebut.

Dengan rampasan kuasa yang giat dilakukan ke atas Iraq dan Syria sejak dua minggu lalu, ISIL membuktikan bahawa pemberontakan bukan sahaja boleh berlaku di kedua negara terbabit malah keselamatan dua negara lain yang merupakan sekutu penting AS, Jordan dan Arab Saudi turut diancam sama.

Dalam laporan yang dipetik melalui The News York Times, Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry dalam satu lawatan mengejut yang diadakan di Baghdad menyifatkan kerajaan Iraq kini berdepan dengan satu cabaran besar dalam membentuk kerajaan baru memandangkan Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki merupakan seorang pemimpin berkefahaman Syiah.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Beliau (al-Maliki) merupakan seorang pemimpin berkefahaman Syiah yang memiliki kecenderungan autokratik dan ianya menjadi satu kebimbangan bagi pegawai-pegawai AS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan rundingan dengan al-Maliki berhubung pembentukan kerajaan baru yang boleh menghentikan pemberontakan gerakan ISIL.

Mengulas mengenai pergolakan semasa yang melanda di Iraq, beliau turut menegaskan AS tidak akan menunggu lama untuk memulakan langkah ketenteraan berikutan tahap bahaya yang semakin meningkat serta menjejaskan kepentingan AS di rantau Timur Tengah.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP