Loading...
Saturday, June 21, 2014

ISIL cari rekrut baru melalui online


ARTIS MELETOP

ISIL cari rekrut baru melalui online



Barisan ahli kumpulan pemberontak yang cuba memujuk penonton menerusi video untuk menyertai perjuangan mereka.

BAGHDAD - IRAQ. Pemberontak daripada Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) kini dilaporkan sedang mencari rekrut baru dari Barat menerusi laman sosial media.

Dalam perkembangan terbaru, kumpulan terbabit telah membuat rakaman video sepanajng 13 minit dengan definisi tinggi yang dimuatnaik ke laman sosial Youtube, Facebook dan Twitter.

Video terbabit turut memaparkan sekumpulan pejuang ISIL yang mendakwa rekrut dari Britain dan Australia dan menggesa mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kumpulan terbabit.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pada semua saudara Islam telah menetap di Negara Barat, saya faham perasaan anda, dalam hati anda rasa tertekan dan kecewa, penawar bagi kekecewaan ialah Jihad,” kata salah seorang rekrut dalam video rakaman terbabit.

Dalam pada itu, kemunculan beberapa video yang turut menyeru dan mengajak umat Islam untuk menyertai kumpulan terbabit mula tersebar di internet.

Pihak berkuasa telah mengesan sebuah lagi video rakaman yang dibuat oleh pejuang berbahasa Perancis yang turut menyeru umat Islam di Perancis untuk menyertai peperangan mereka.

Menurut Pengarah Pusat Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Seth Jones, kumpulan pengganas kini lebih senang menggunakan media sosial sebagai salah satu interaksi mereka dengan dunia luar.

“Lebih dari 95 peratus kumpulan pengganas menggunakan Facebook, dan Twitter untuk mengumpulkan maklumat, mengumpul dana dan merekrut ahli baru ke dalam kumpulan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP