Loading...
Sunday, June 29, 2014

AURA BUBUR LAMBUK KAMPUNG BARU


BLOG TAUHU SUMBAT

AURA BUBUR LAMBUK KAMPUNG BARU


 Siapa yang tidak kenal bubur lambuk Kampung Baru. Setiap kali hadirnya Ramadan, bubur lambuk Kampung Baru menjadi sebutan, bukan saja di Kuala Lumpur malah di segenap pelosok negara. Sememangnya bubur lambuk Kampung Baru dan Ramadan amat sinonim. Umpama tidak lengkap jika Ramadan tanpa bubur lambuk Kampung Baru.
<!-- more -->
 Telah menjadi tradisi ahli jawatankuasa Masjid Kampung Baru bergotong royong memasak bubur lambuk dan mengaagihkannya kepada orang ramai secara percuma bermula daripada 1 Ramadan hinggalah ke hari-hari terakhir puasa.Malah Masjid Kampung Baru pernah menempa nama dalam The Malaysia Book of Records bagi acara memasak bubur lambuk terbesar.

Bukan saja kerana diagihkan secara percuma, rasa bubur lambuk Kampung Baru yang enak menggamit orang ramai untuk setia beratur sejak sebelum waktu Asar lagi untuk memastikan mereka mendapat bahagian masing-masing.

Wassalam, Wa'allahhualam,
blogtauhusumbat.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP