Loading...
Wednesday, November 13, 2013

Aksi ranjang wan hanafi dan marsha london


Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut.

Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su.

Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.

Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.


"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.

Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, , Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014.

Sementara itu, dua buah lagu baharu iaitu Kayangan daripada kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar diperkenalkan sebagai lagu tema filem tersebut.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP