LADY GAGA sentiasa merancang kariernya dengan baik. Melalui penampilan dan lagu-lagunya, Gaga meletakkan dirinya sebagai seorang yang eksentrik.
Terbaharu, wanita bernama Stefani Joanne Angelina Germanotta itu melancarkan yang didakwanya sebagai album untuk berseronok. Gaga berkata, susuan lagu-lagu dalam album itu seperti sebuah kelab hiburan.
Keseronokan yang didapati daripada lagu pertama bertajuk Aura sehingga lagu terakhir di trek 15 iaitu Applause, yang diangkat sebagai single pertama.
Bermula dengan Aura yang mempunyai unsur padang pasir kemudian diikuti melodi dan nyanyian pop bertenaga Gaga. Mungkin melalui lagu di trek pertama ini, pencintanya boleh terikut dengan penggunaan au-ra-ra pula.
Suara Gaga boleh dianggap biasa-biasa namun dia merupakan seorang perancang yang berjaya memutar-belit bakat serta trend dengan baik hingga menjadikan dirinya fenomena.
Gaga menyatakan, dia mahu merevolusi pop dan dia memberikan definasi itu kepada penonton dengan segala keseronokan yang dirasainya sewaktu merakamkan album yang dilancarkan pada ini.
Gaga kembali mahu mengujakan para peminatnya dengan keseronokan digital dalam album ini.
Dia juga tidak lupa memberikan emosi dalam lagu balada secara normal dalam muzik yang juga lebih tradisional ini. Namun, Gaga tetap mencari sisi kelainannya dengan memberikan lagu yang diiringi piano ini. Kelainannya terletak pada lirik lagu Dope ini.
Namun ada berita sedih untuk penggemar Gaga atau peminat yang baru mahu menerokai perjalanan muziknya. Kenyataannya tiada lagu 'membunuh' dalam album ini seperti yang pernah dilakukan dalam album-album terdahulu. Tidak melekat kuat untuk dijadikan sebuah lagu klasik atau malar segar milik Lady Gaga. Semuanya boleh didengar setakat angin lalu dan tidak diingati dengan kuat.
Komen Sofia: Lady Gaga merupakan seorang penyanyi dan penghibur yang sentiasa tidak kering idea gila.
0 comments:
Post a Comment