Tanda merah di jersi EPL
Bunga merah ini ialah bunga Poppy. Ianya dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November. Ia memperingati hari berakhirnyaPerang Dunia Pertama pada tahun 1918. Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915 puisi In Flander's Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban diFlander's Field Belgium.
Pertempuran di Flender's Field ialah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung bunga Poppy merah yang ditanam di Flender's Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.
Budaya memakai bunga Poppy dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diadaptasi oleh Britain dan negara-negara Commonwealth. Amalan memakai bunga poppy di Amerika sudah pupus tetapi di Britain dan beberapa negara Commonwealth ianya masih diamalkan.
Hari Remembrance Day kini juga digunakan bagi memperingati askar-askar yang tewas dalam setiap peperangan paska Perang Dunia Pertama. Pada hari yang sama Poppy Appeal diadakan dimana kutipan wang dari orang ramai dilakukan bagi membantu bekas askar yang memerlukan. Kalungan bunga kemudian diletakkan pada mana-mana memorial peperangan yang ada di seluruah negara. Ketika Malaya masih di bawah jajahan British, Cenotaph (tugu peringatan peperangan) terletak di Jalan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Kualu Lumpur. Ianya diubah ke lokasinya sekarang di Tugu Negara pada tahun 1964.
Di Malaysia amalam memakai bunga poppy berlangsung sehingga akhir 60an. Mungkin Hari Poppy di Malaysia digantikan oleh sambutan Hari Pahlawan . Jadi inilah sikit sebanyak sejarah disebalik bunga merah yang anda lihat di atas jersi Steven Gerrard. Kini anda tahu apakah cerita disebalik pemakaiannya!
0 comments:
Post a Comment