Loading...
Saturday, November 30, 2013

Becham beli rumah 2 billion

BEKAS bintang bola sepak terkenal England, David Beckham dan isterinya, Victoria kini tinggal di sebuah rumah agam baharu yang dianggarkan berharga RM2 bilion.
Tidak cukup dengan nilaian rumah yang agak luar biasa itu, Beckham, 38, dan isterinya Victoria, 39, membuat pengubahsuaian terhadap rumah empat tingkat berkenaan yang terletak di barat London. Ia termasuklah menyediakan sebuah salun rambut, bilik kasut dan bilik mandi dilengkapi televisyen kalis air melibatkan kos berjumlah RM26 juta.
Pasangan selebriti itu juga dikatakan memasang sistem muzik di setiap ruang rumah yang boleh dikawal oleh telefon dan komputer. Bilik mandi mereka juga turut dilengkapi televisyen plasma kalis air.
Bilik untuk anak-anak pasangan popular itu, Brooklyn, 14; Romeo, 11; Cruz, 8 dan Harper, 2, yang ditempatkan di aras dua rumah tersebut turut dilengkapi dengan kelengkapan mewah.
Menurut satu sumber, bilik pada aras bawah rumah itu juga menempatkan sebuah gimnasium, spa, sebuah taman kecil dan sebuah garaj untuk Beckham meletakkan kereta mewah miliknya.
Pasangan itu dilaporkan telah menjual rumah mereka di Hertfordshire yang dikenali sebagai istana Beckingham bernilai RM52.3 juta. Beckham sebelum ini telah membeli sebuah estet seluas 4.8 hektar. Ketika itu dia baru sahaja tiga bulan berkahwin dengan Victoria. Pasangan itu turut mempunyai beberapa buah rumah di California, Dubai dan Perancis.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP