Loading...
Wednesday, November 13, 2013

Bukan Nampak BRA

“Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra (coli). Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun,” kata penyanyi dan pelakon Raja Ema menjawab cemuhan peminat di beberapa forum laman sosial kerana penampilannya ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah jenama fesyen, di sini, baru-baru ini.

Raja Ema Raja Ibrahim, 45, berkata, kontroversi itu tercetus kerana kesilapannya bergaya ketika mengambil gambar dan tiada kaitan dengan pakaian rekaan pereka fesyen baru berkenaan.

“Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.

“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” katanya. 

Penampilan Raja Ema dengan baju berwarna keemasan diperbuat daripada getah ketika hadir pada majlis itu mengundang cemuhan peminat yang menggelarnya dengan pelbagai panggilan negatif.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP