Loading...
Saturday, May 31, 2014

Beto Akui Dirinya Selektif


ARTIS MELETOP

Beto Akui Dirinya Selektif



Jarang melihat Beto Kusyairy di majlis keramaian. Sesekali muncul jika ada majlis yang melibatkan dirinya. Contohnya filem CEO yang mana Beto melakonkan watak Sufian Abas, baru sahaja selesai majlis tayangan perdana.

Jika dilihat, peranan media penting dalam menaikkan populariti seseorang artis itu. Namun ia berbalik kepada artis tersebut. Beto mengakui dirinya selektif dalam memilih media.

"Saya tak tahu kalau orang nak labelkan saya sebagai not-media-friendly. Tetapi itu bukan saya untuk berkata sedemikian, ia terpulang. Saya lebih utamakan soal karier saya, maksudnya media yang memanggil saya itu mahu mengetahui perkembangan karier saya. Saya tidak suka memaparkan kisah peribadi kepada umum. Pada saya semua perkara saya sudah berkongsi dengan masyarakat. Kehidupan peribadi itu satu-satunya hak saya yang saya perlu simpan. Saya juga manusia biasa. Mungkin sebab itu saya boleh ikatakan kurang popular dikalangan media. Saya tidak nafikan saya selektif. Ini cara saya untuk memberi perubahan kepada industri hiburan tanahair supaya lebih menghargai tentang kerja, bakat dan perjalanan setiap medium hiburan itu. Saya tidak mahu masyarakat kita lebih berkata-kata mengenai kontroversi. Saya faham ia untuk memperkenalkan seseorang itu di mata umum tetapi ia perlu ada batas".




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berbalik kepada watak Beto dalam filem CEO, lakonannya bersahaja dan tidak sterotaip. Berlakon bersama pasukan yang bagus, ia menjadikan sesebuah penceritaan itu sampai. Tetapi tanpa disedari pelakon pembantu boleh menjadikan sesebuah filem itu lebih menyerlah daripada watak utama. Senang kata pelakon pembantu "makan" pelakon utama. Lebih-lebih lagi jika pelakon tersebut ada asas lakonan dalam teater. Bezanya mereka tidak seperti pelakon komersial yang lain yang tidak diketengahkan bakat mereka di mata umum.



Beto ada jawapan tersendiri tentang perkara ini. "Filem ini kami hasilkan bersama-sama, maksudnya semua perkara kami berbincang. Jika perkara seperti pelakon pembantu lebih daripada pelakon utama, pada saya itu perkara biasa. Ini sebenarnya untuk mengembangkan sesebuah watak itu. Jadinya ia membantu untuk menjayakan jalan cerita tersebut supaya lebih indah. Tidak timbul soal siapa lebih yang utama masing-masing faham bagaimana untuk mencorakkan watak mereka".


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP