Loading...
Sunday, May 11, 2014

Nadiya Nisaa Jadi Budak Sekolah Balik


ARTIS MELETOP

Nadiya Nisaa Jadi Budak Sekolah Balik



Walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, namun tubuh genit Nadiya Nisaa menyebabkan dia kelihatan seperti remaja belasan tahun.

Mungkin atas faktor itulah yang menyumbang kepada pemilihan Nadiya sebagai salah seorang pelakon sitkom bersiri Oh My English (OME) musim ketiga.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menerusi OME, Nadiya memegang watak sebagai Jojie iaitu seorang pelajar tomboy yang aktif dalam bidang sukan.


Nadiya Nisaa

“Jojie ni seorang pelajar yang lasak. Dia tomboylah dan kalau kat sekolah dia memang aktif dalam sukan. Tapi ada satu ketika nanti dia terdetik untuk menjadi lebih bersifat keperempuanan. Watak Jojie ini boleh dikatakan dekat dengan diri saya. Dulu masa di sekolah saya memang seorang yang agak selekeh, lasak dan aktif bersukan,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Musim terbaharu ini masih mengekalkan teruja utama Zain Saidin sebagai cikgu Henry Middleton, Tiz Zaqyah (cikgu Ayu) dengan kehadiran pelakon lain seperti Fauziah Ahmad Daud (pengetua), Sherry Al-Hadad, Carmen Soo dan Amyra Rosli.

OME musim ketiga akan mula ditayangkan pada 18 Mei ini jam 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135).



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP