Loading...
Sunday, May 18, 2014

Jimmy Shanley Masih Kunci Mulut


ARTIS MELETOP

Jimmy Shanley Masih Kunci Mulut



Penyampai radio Ultra, Jimmy Shanley bakal mendedahkan status sebenar dirinya sama ada dia sudah bergelar suami orang atau sebaliknya. Sebelum ini, terdapat beberapa tuduhan yang mengatakan Jimmy sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua, namun jejaka itu tidak mengesahkan perkara tersebut dan hanya mendiamkan diri.

Ketika ditemui di Majlis Teka dan Terbang Bersama Ultra di Subang Skypark Terminal pada Ahad, Jimmy memberitahu dia akan menceritakan segalanya tidak lama lagi.

“Nantikan. Insya-Allah tidak lama lagi. Sudah setahun orang menanti dan bertanya, bilakah saya akan melakukan sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu akan berlaku tidak lama lagi.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya akan memberitahu kepada semua kerana kes saya (hak penjagaan anak) sudah hampir selesai. Rabu ini (21 Mei) merupakan sebutan terakhir kes saya. Selesai saya kes tersebut, saya akan beritahu segala-galanya. Saya jangkakan, perkara itu akan saya terangkan kepada semua sebelum bulan Ramadan ini,” ujar mantan pengacara rancangan ‘Trek Selebriti’ itu lagi.

Mengulas mengenai perkembangan kerjayanya sebagai salah seorang penyampai radio Ultra, Jimmy menyatakan yang dia semakin selesa dengan rutin harian kariernya. Jimmy mengendalikan segmen pagi dari 6.00 hingga 10.00 pagi bersama dengan Mamat Sepah.

“Setakat ini tiada masalah. Saya boleh mengekspresikan apa yang saya rasakan dan berbincang bersama Mamat dan pendengar-pendengar yang lain. Kolaborasi saya dengan Mamat baik-baik sahaja, kami banyak ‘give and take’. Mungkin kami tidak lawak sangat, tapi apa yang kami sampaikan ada mesej dan isi yang tersendiri untuk masyarakat,” jelas Jimmy lagi.

Dalam perkembangan lain, Jimmy baru sahaja mendapatkan ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA baru-baru ini. Jimmy juga bakal menjayakan beberapa program sempena Ramadan dan Syawal untuk tayangan Hari Raya Aidilfitri kelak.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP