Loading...
Friday, May 9, 2014

Brad Pitt Hadiahkan Anak Potret Justin Bieber


ARTIS MELETOP

Brad Pitt Hadiahkan Anak Potret Justin Bieber



DEK kerana minat anaknya, Pax, 10, terhadap Justin Bieber, pelakon Brad Pitt, 50, sanggup membelikan potret penyanyi itu yang dilukis oleh seorang artis jalanan.

Lukisan pada panel kayu yang dihasilkan oleh Bambi itu kemudiannya dihadiahkan kepada anaknya.

“Pax sangat meminati Justin dan Brad merasakan ia merupakan hadiah terbaik untuknya. Brad gemarkan gaya uniuk Bambi dan ini kali ketiga dia membeli hasil seninya.

“Apabila dia mengetahui Bambi menghasilkan lukisan Justin, dia tahu yang dia mesti mendapatkannya untuk Pax,” menurut sumber keluarga itu.

Selain Pax, Brad dan Angelina Jolie turut membesarkan Maddox, 12, Zahara, 9, Shiloh, 7, dan kembar Vivienne dan Knox, 5.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP