Loading...
Tuesday, May 27, 2014

Gambar Sekitar Malam Anugerah Bintang Popular ABPBH2013


ARTIS MELETOP

Gambar Sekitar Malam Anugerah Bintang Popular ABPBH2013



Mungkin ARTISMELETOP sudah dimamah usia namun ABPBH2013 kali ini terasa kurang kemeriahannya. Entah di mana silapnya, terasa hambar sepanjang majlis ini berlangsung. Mungkin ABPBH perlukan kembali sentuhan Faizal Ismail sebagai pengacara. Secara jujur, pengacara kali ini, terutamanya kumpulan Shiro sangat tidak menjadi. Kurang menyerlah dan tidak membangkitkan rasa teruja.

Yang paling mencuri perhatian sudah tentu kehadiran Zila Bakarin ketika menjadi hos untuk mengumumkan pemenang salah satu kategori ABPBH2013. Terkejut beruk semua orang dibuatnya. Memang seksi tak ingat punya. Rasanya di masa hadapan, pihak ABPBH boleh buat garis panduan pakaian yang lebih ketat untuk mengelakkan penonton di rumah terkena serangan sakit jantung.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun ARTISMELETOP ingin mengucapkan tahniah buat pihak penganjur ABPBH2013 kerana berjaya mendapatkan Zainal Abidin, Liza Hanim dan Nora untuk membuat persembahan. Memang terkenang nostalgia lama lebih-lebih lagi ketika Liza Hanim menyanyi. Lama betul Liza Hanim tidak muncul di kaca tv. Semoga selepas ini Liza Hanim akan kembali aktif menyanyi untuk mengubat rindu para peminatnya.

Semoga “post-mortem” yang akan dijalankan dapat memperbaiki mutu ABPBH yang akan dianjurkan tahun hadapan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Lagi beberapa gambar sekitar malam ABPBH2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar laman web ABPBH.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP