Loading...
Sunday, May 11, 2014

Enot Derita barah usus


ARTIS MELETOP

Enot Derita barah usus



KALAU orang lain boleh berbangga dengan tawaran yang datang mencurah-curah nampaknya Enot hanya boleh berkongsi kegembiraan orang lain tetapi tidak dirinya.

Rasanya nama Enot bukan lagi termasuk dalam kategori orang baru di dalam industri sebaliknya dia antara pelakon berbakat yang pernah dilahirkan oleh industi hiburan tanah air.

Meskipun menyimpan banyak kisah duka, Enot tak pernah merungut jauh sekali meyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Dalam diam-diam rupanya dah setahun juga pelakon berbadan gempal ini tak menerima tawaran.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bila tak ada tawaran maknanya tak ada rezeki dalam bidang lakonan. Tapi Enot tak putus asa sebaliknya dia menggunakan bakat dalam bidang pastri untuk menampung kehidupannya.

Baru-baru ini Enot memberitahu yang dia menghidap barah usus tahap kedua. Syed memang terkejut dengan berita tersebut sebab rasanya sebelum ini Enot nampak sihat sahaja.

Bila dah menderita barah usus ini bukan boleh buat main-main. Setahu Syed memang ramai ahli masyarakat yang memang takut benar dengan perkara ini.

Kalau lambat dikesan boleh mendatangkan kemudaratan. Nasib baik Enot cepat kesan penyakit tersebut dan sekarang khabarnya dia sedang berikhtiar menggunakan pelbagai cara.

Tak mengapalah Enot anggap sahaja ini ujian hidup. Kalau tengok keadaan semasa, Enot masih ada lagi kawan-kawan yang sanggup membantu susah dan senang seperti Didie Alias.

Cuma Syed selalu terfikir sampai bila orang nak beri tumpuan kepada pelakon cantik dan muda sahaja. Tak salah rasanya mereka bantu beri tawaran berlakon kepada artis yang senasib dengan Enot.

Syed: Sedih dengan pemergian Pakcik Jamal RTM. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP