Loading...
Thursday, May 8, 2014

Hazama Berang Peminat Tegur Gambar Peluk Kekasih


ARTIS MELETOP

Hazama Berang Peminat Tegur Gambar Peluk Kekasih



UMUM mengetahui bahawa penyanyi Hazama kini berpacaran dengan seorang pemuzik, Genervie Kam.

Semalam, menerusi akaun Instagramnya, dia telah memuatkan satu gambar mesra percutiannya di Boston, Amerika Syarikat bersama kekasih hatinya itu.



Bagaimanapun, ia telah mengundang pandangan yang kurang enak oleh segelintir peminat yang menyifatkan ia sebagai kurang manis.

Berang dengan komen-komen itu, Hazama turut membalasnya menerusi kenyataan:




“Kat ig sy ni… Sy tak kisah jika ada org nak letak iklan ke apa ke… Sy sokong org yg buat perkara yg berfaedah… Cume sy tak leh blah bila org nak menyibuk je… Tunjuk baik… Nak tgk gambar sy silakan… Sy tak kisah… :) ig ni memang tempat utk org tgk gambar pun… Tp klu nak cr dosa sy… Minta maaf la… Sy tak berkenan.”

Masih tidak berpuas hati, penyanyi itu kemudiannya memuatnaik gambar kaki bagi menyindir pihak yang menegurnya dengan ayat:

“Haaa mesti tak jadi isu :) “



Namun, ramai yang menasihatkannya supaya menerima dengan hati terbuka teguran para peminat dan tidak cepat melatah.



Hmm…nama pun artis, jiwa kenalah kental bila ditegur. Kalau asyik nak sentap, susahlah…

ARTISMELETOP: DAH MAKIN BESAR KEPALA HAZAMA NI TAK SEDAR DIUNTUNG, LUPALAH DIRI. HAISH ORANG TEGUR UNTUK KEBAIKAN PUN SALAH KE? KO NAK JADI APA HAZAMA? PEREMPUAN MACAM NI LAH YANG ROSAK NANTI BUANG ANAK MERATA-RATA. INSAFLAH


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP