Loading...
Monday, May 12, 2014

Jue Aziz Sudah Perkenalkan ‘Suami’?


ARTIS MELETOP

Jue Aziz Sudah Perkenalkan ‘Suami’?



SEBELUM ini, kami pernah berkongsi kisah pelakon Jue Aziz yang dikatakan sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang pemuzik Indonesia, Bayu yang juga gitaris kumpulan DV8.

Bagaimanapun, ia lebih menjurus kepada persoalan kerana Jue sendiri tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu kepada media.

Kali ini, kami agak yakin bahawa dia sememangnya sudah bergelar isteri menerusi laporan Harian Metro yang menyebut jari Jue masih lagi berinai.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Khabarnya lagi, pelakon itu tidak merahsiakan status Bayu kepada rakan sekerja dan kru produksi dengan memperkenalkan dia sebagai suaminya kepada mereka.

Bayu juga dikatakan cukup ramah dan disenangi ramai kerana dia cukup menghormati orang yang lebih berusia.

Menerusi akaun Instagramnya, gitaris itu juga memberikan ucapan sempena Hari Ibu kepada Jue sekaligus menguatkan lagi perkara itu.



Apa pun, kami masih menunggu Jue untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai statusnya itu.

Lagipun, perkara baik tak perlulah berahsia, betul tak?


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP