Loading...
Friday, June 27, 2014

'SAYA BUKAN PENGEBOM BERANI MATI' - USTAZ MOHD LOFTI


BLOG TAUHU SUMBAT

'SAYA BUKAN PENGEBOM BERANI MATI' - USTAZ MOHD LOFTI

Salah seorang rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan aktiviti militan di Syria, Mohd Lotfi Ariffin, 45, menepis dakwaan pihak-pihak tertentu yang mendakwa dirinya sedang menjalani latihan ketenteraan di luar negara untuk menjadi pengebom berani mati.

Dalam kenyataannya itu, Mohd Lotfi yang berada di Syria sejak awal Februari lalu mempertikai tindakan pihak terbabit yang memaparkan gambarnya di negara bergolak itu sebagai antara 10 ahli Jemaah Islamiah (JI) dari Malaysia yang pernah menjalani latihan ketenteraan di luar negara bagi direkrut menjadi pengebom berani mati.
<!-- more -->
Katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana tujuan sebenar menjejakkan kaki ke Syria adalah membantu saudara Islam di bumi Syam itu memerangi kezaliman yang dilakukan tentera Assad.

“Saya dikatakan dilatih untuk jadi pengebom berani mati, sedangkan saya takut mati. Dari mana mereka dapat maklumat itu?,” katanya sinis.

Mohd Lotfi turut menjelaskan penyertaannya dalam peperangan di Syria bukannya untuk menyertai kumpulan pemberontak atau pengganas, sebaliknya bersama kumpulan Ajnad As Syam yang memerangi Presiden Bashar al-Assad.

“Saya bukan bersama Isil (kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya), namun ada pihak membuat bayangan dalam Facebook mereka, kononnya saya Isil sehingga ada rakan yang tidak bersetuju dengan saya. Sebenarnya saya berjuang bawah Ajnad As Syam yang namanya tidak begitu dikenali. Saya bersama mereka untuk memerangi tentera Bassyar,” katanya.

Menurutnya, beliau* kesal apabila ada pihak menyalahgunakan namanya yang dikatakan menyokong pihak tertentu.

Mengulas mengenai jihad yang diperjuangkannya, Mohd Lotfi berkata, beliau sanggup meninggalkan isteri dan enam orang anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu bantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad daripada menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.

“Bagi mereka yang mahu berjihad di bumi Syam, perlu sanggup meninggalkan anak, isteri dan dunia semata-mata kerana jihad fisabilillah. Kami juga sanggup dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yang terkesan dengan konflik dalaman jika mereka mempunyai visa.

Ahmad Zahid juga menegaskan individu yang berjuang atau mempertahankan kesucian Islam tidak bermakna mereka perlu menggunakan senjata dan meletupkan diri, selain dinasihatkan agar tidak menjadikan Malaysia pangkalan kumpulan militan.

Sementara itu, seorang lagi militan Malaysia yang dipapar di blog dan laman web pro-militan adalah bekas pemain dram kumpulan terkenal era 90-an.

Beliau dikatakan dipengaruhi Mohd Lotfi dan kemudian menyertainya di Syria, di mana kedua-duanya kelihatan bersenjata dan memakai pakaian tentera. Sumber Sinar Harian


Wassalam, Wa'allahhualam,
 blogtauhusumbat.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP