Loading...
Monday, June 23, 2014

Gelatin Yang Meragukan


Berkongsi Manfaat

Gelatin Yang Meragukan


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Gelatin digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan . Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus - ratus tahun yang lalu . Kini gelatin telah digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal , kosmetik dan teknikal pula . Maka perlulah bagi kita untuk mengelakkan gelatin yang meragukan .

Untuk pengetahuan anda , gelatin adalah sejenis protein asli yang kebiasaannya bersumberkan haiwan . Gelatin dihasilkan daripada kulit , tulang dan tisu - tisu haiwan seperti lembu , kerbau , babi dan ikan . Gelatin selalunya berwarna jernih dan tidak mempunyai bau atau rasa . Tanpa bahan gelatin , sesetengah produk tak dapat dihasilkan .

Gelatin yang dibuat daripada lembu dinamakan " bovine " manakala gelatin daripada babi disebut " porcine " .
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ;
konfeksioneri ( coklat , gula - gula )puding , kek dan paigummi jeli , pastil berperisayogurt , keju dan butterais krimpencuci mulut segeragula - gula getah ( chewing gum )produk - produk daging yang diproses
Gelatin yang digunakan di dalam produk - produk di atas adalah sebagai agen pelekat , agen penstabil , agen penebal , agen pembuih atau agen pengikat .


Gelatin Yang Meragukan



Keraguan Gelatin
Terdapat banyak kes penipuan dalam penggunaan gelatin dalam produk menyebabkan nama gelatin yang dipaparkan menimbulkan keraguan . Ada sesetengah pihak sengaja menggunakan gelatin babi dalam produk mereka dengan tujuan supaya dapat tahan lama dan menyembunyikan / tanpa memasukkannya ke dalam senarai bahan - bahan yang digunakan . Ini adalah kerana gelatin babi mudah didapati malah harganya juga lebih murah .

Antara produk yang terdapat gelatin di dalamnya tanpa kita ketahui ;

Kapsul penyalut ubatanKapsul lembut ( softgel ) seperti kapsul minyak ikanBerbagai - bagai jenis ubat gigiHampir kesemua kosmetik kecantikanHampir semua minyak wangiSabun - sabun mandi dan pelembut fabrikLosyen badan , kaki dan tangan .

Sebagai pengguna Islam , kita mesti prihatin dalam memilih produk yang halal . Kita juga boleh menggunakan gelatin yang dihasilkan daripada tumbuh - tumbuhan . Gelatin ini juga mempunyai fungsi yang sama seperti gelatin daripada haiwan .



* NOTA :

Gunakan / pilih produk tempatan iru lebih selamat .










0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP