Loading...
Sunday, June 22, 2014

Azlee Khairi kahwin hujung tahun


ARTIS MELETOP

Azlee Khairi kahwin hujung tahun



AZLEE cukup terbuka dan profesional apabila membicarakan soal kehidupan peribadinya.

SEBELUM ini ada yang mendakwa kekasih pelakon Azlee Khairi, Dayang Norlelawati atau nama ringkasnya, Liswati yang mengendalikan laman sosial pelakon itu dan membalas semua komen negatif peminat kekasihnya.

Semuanya berikutan apabila timbul gosip mengatakan Azlee dan Zara Zya, pelakon yang bergandingan dengannya dalam drama popular, Love You Mr. Arrogant kini bergaduh.

Gosip tersebut telah menjadi topik panas di laman-laman sosial.

Bertemu dengan pelakon berusia 25 tahun itu pada majlis Seindah Ramadan & Anugerah Syawal di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Azlee secara profesional menjawab tentang persoalan yang membabitkan kekasihnya yang berasal dari Brunei itu.


Azlee berkongsi perincian lanjut mengenai hubungannya dengan Liswati. Ikuti temu bual Azlee bersama Kosmo!.

Kosmo!: Benarkah seperti dakwaan sesetengah pihak bahawa kekasih anda, Liswati yang mengendalikan media sosial Azlee?

AZLEE: Tiada maknanya dia (Liswati) hendak buka atau tengok laman sosial saya. Saya sudah pesan dekat dia buat apa hendak sakitkan hati sendiri dengan tengok komen-komen negatif itu.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mungkin pada tahap Azlee sekarang, ada yang cuba jatuhkan anda?

Itu saya tahu. Setinggi mana kita capai (dalam kerjaya) akan ada orang yang cuba hendak jatuhkan kita. Jadi, saya kena positif. Kalau saya terikut-ikut, maknanya saya bodoh seperti mereka. Saya tidak pernah ambil tahu tentang sesiapa jua yang cuba hendak menjatuhkan saya. Tetapi, saya akan terima sesiapa sahaja yang hendak kawan dengan saya. Daripada saya fikir sehingga sakit kepala, baik saya buat tidak tahu sahaja.

Bagaimanakah pula perkembangan hubungan anda dengan kekasih?

Pemikiran dia yang matang banyak membantu saya. Mungkin kalau saya berkawan dengan wanita yang lebih muda berbanding Liswati, banyak tindakan saya yang tidak kena. Liswati banyak membantu saya.

Kalau di laman sosial, ramai yang kata kekasih saya ini cuba menjatuhkan saya. Sebenarnya, tidak. Dia yang menaikkan saya. Malah, dia banyak membantu saya dari segi menyusun jadual lakonan.

Bila orang menyalahkan dia dengan mengatakan dia cuba menjatuhkan saya, pada saya tidak memberi apa-apa kesan pun. Tetapi mulut orang bila kita dengar banyak-banyak kali pun sakit hati juga.

Ada yang mengatakan kekasih anda seorang yang kaya. Benarkah?

Walaupun dia dari Brunei, negeri yang banyak duit, saya terima dia kerana dia sanggup menerima baik dan buruk saya. Setakat saya muat naik dua gambar bersama dia pun ramai yang hendak bising. Itu tandanya mereka (peminat) tidak boleh menerima diri saya dengan ikhlas seperti mana saya memberikan kerja (lakonan) saya dengan ikhlas kepada mereka.


AZLEE digosip bergaduh dengan gandingannya dalam drama Love You Mr. Arrogant, Zara Zya.

Liswati berusia 31 tahun, adakah anda memang menyukai wanita lebih berusia?

Saya percaya pada qada’ dan qadar ketentuan Tuhan. Sebab itu saya tidak kisah. Dengan siapa Tuhan jodohkan sekalipun saya terima.

Bilakah perancangan anda untuk mendirikan rumah tangga?

Insya-Allah, jika segala perancangan berjalan lancar saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini.

Bagaimanakah hubungan anda dengan keluarganya?

Alhamdulillah. Keluarga dia menerima saya seadanya. Sayapun takut status orang Brunei. Tetapi saya tidak pandang semua itu. Saya juga ada duit sendiri. Kalau saya kahwin dengan dia itu adalah tanggungjawab saya untuk menjaga dia. Takkanlah saya hendak jadi lelaki dayus.

Berapa lama hubungan anda dengan kekasih sudah berlangsung?

Hampir setahun.

Adakah anda akan bertunang terlebih dahulu?

Kalau bertunang atau tidak orang tetap akan bercakap. Buat sahaja mana yang kita rasa termampu. Kalau ada kemampuan lebih kita buat majlis pertunangan. Kalau tidak, kami akan terus berkahwin.

Adakah anda risau populariti akan jatuh selepas berkahwin?

Saya bukan hendak jadi artis. Sebelum ini saya seorang pemain bola sepak. Cuma kuasa Allah bagi saya peluang untuk belajar. Saya dapat belajar di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan pengarahan. Alhamdulillah, selepas habis belajar saya dapat pula bekerja dalam bidang lakonan.

Adakah anda mahu mengejar impian menjadi pengarah?

Memang cita-cita saya hendak jadi pengarah. Berlakon sekadar platform untuk saya jadi pengarah satu hari nanti.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP