Loading...
Thursday, June 26, 2014

Pernikahan Sham Kamikaze Tak Sah - Mahkamah


ARTIS MELETOP

Pernikahan Sham Kamikaze Tak Sah - Mahkamah



Perkahwinan Sham dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Jumaat memutuskan, pernikahan di antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham dan Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 adalah tidak sah.

Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan perkahwinan itu dibubarkan serta merta secara faraq nikah mulai hari ini.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faraq nikah ialah pembuburan sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami isteri itu ragu terhadap status perkahwinan mereka.

Kamarulzaman memutuskan, wali hakim yang digunakan pada pernikahan yang diadakan di Masjid Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang itu tidak dilantik dengan kebenaran mahkamah.



Sham bersama isterinya, Nurul Halimin.
Selain itu, segala urusan pernikahan yang dibuat oleh pihak ketiga juga tidak diiktiraf dan sijil pernikahan mereka adalah palsu.

Bagaimanapun, Kamarulzaman memutuskan anak lelaki mereka iaitu Aisy Danial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 38, boleh dinasabkan sebagai bapa kandung.

Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP