Berkongsi Manfaat
Pasangan Jarak Jauh
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah ...
Ramai dikalangan pasanan suami isteri terpaksa berjauhan demi tututan tugas . Bukan mudah sebenarnya untuk melaluinya . Segalanya perlu dilakukan sendirian . Oleh it , pasangan jarak jauh perlu tabah dan sabar . Anggaplah sahaja jarak itu adalah penghubung kasih sayang sama ada dengan pasangan juga anak - anak .
Daripada Yazid bin Aslam , beliau menceritakan :
Ketika Amirulmukminin , Umar bin al - Khattab r.a. berjalan meninjau keadaan Madinah , beliau melintasi sebuah rumah seoran wanita . Beliau mendengar wanita itu bersyair :
" Panjangnya malam ini , hitam kelam persekitarannya , aku tidak dapat melelapkan mata dan tiada teman bergurau senda . Demi Allah , andainya bukan kerana takut kepada Allah dan perasaan malu , katil ini pasti beroncang di segenap penjurunya . "
Tempoh Ditinggalkan
Umar r.a. bertanya tentang keadaan wanita itu . Beliau diberitah bahawa suaminya pergi berjuang di jalan Allah . Lantas Umar menghantar seorang perempuan ke rumahnya untuk menemaninya dan mengarahkan agar suaminya segera dihantar pulang .
Kemudian Umar r.a. menemui puterinya , Hafsah r.a. dan bertanya ;
" Wahai puteriku , berapa lamakah seorang wanita boleh bersabar ditinggalkan suaminya . "
Hafsah menjawab : " Maha suci Allah ! Orang seperti ayah bertanya kepada orang sepertiku tentang hal sebegini ? "
Umar r.a. menjelaskan ; " Kalaulah tidak kerana aku ingin menjaga kepentingan orang Islam , aku tidak akan bertanya soalan itu . "
Maka Hafsah r.a. berkata ; " Lima bulan , enam bulan . "
Maka Umar r.a. menetapkan tempoh seseorang mujahid pergi ke medan perang selama enam bulan . Satu bulan perjalanan pergi , satu bulan perjalanan pulang dan empat bulan di medan perang .
Kebaikan Isteri Redha
Sekiranya isteri redha dan boleh menerima pemergian suaminya lebih daripada enam bulan dan dia pula berada dalam keadaan selamat , keperluan hidupnya mencukupi dan suami tidak dipaksa pulang
Kewajipan isteri pula menjaga maruah diri , harta suami serta anak - anak dengan jujur dan amanah sebagaimana dinyatakan di dalam ayat :
" Maka perempuan - perempuan yang soleh itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya ) , dan juga memelihara ( kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ) ketika suami tidak hadir bersama , dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan Nya ... "
( An Nisa' 4:34 )
Untuk mengekalkan ikatan perkahwinan , sama ada suami atau isteri anda perlu saling redha dan memahami . Pada masa yang sama , anda perlu tahu bahawa anda ada kewajiban untuk memenuhi tuntutan zahir dan batin pasangan anda . Maka sebab itulah , Islam memberikan tempoh tertentu supaya kasih sayang itu tidak terabai dan pasangan serta anak anda mendapat hak mereka .
* NOTA :
Kewajipan isteri adalah berada di sisi suami .
0 comments:
Post a Comment