Loading...
Sunday, June 29, 2014

Solat Tarawih


Lembaran Ilmu

Solat Tarawih


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Bila menyentuh tentang solat Tarawih, semua orang akan berkata : " sunat jer tuh , tak berdosa pun kalau tak wat . " Untuk mengetahui lebih lanjut tentang solat Tarawih , di bawah ada kupasannya .




Hukum Solat Tarawih
Hukum solat Tarawih adalah SUNAT MUAKKAD ( dituntut melakukannya kecuali uzur dan sedang bekerja ) sama seperti solat Jumaat . Apatah lagi ianya dalam bulan Ramadhan . Malah Islam memberi kelonggaran iaitu boleh dilakukan di masjid secara berjamaah atau sendirian di rumah .

Tempoh Melaksanakan
Malah tempoh waktu melakukannya sangat panjang iaitu selepas waktu solat Isyak hingga sebelum terbit Fajar . Tempoh ini jugalah kita digalakkan melakukan Qiamullail .

Cara Melaksanakan
Cara melaksanakannnya mudah sahaja iaitu 2 rakaat 1 salam sehingga genap 20 rakaat . Ada juga yang melakukan sekadar 8 rakaat . Hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa ;
Saidatina Aisyah r.anha , isteri Rasulullah SAW melihat Baginda bersolat Tarawih di rumah 8 rakaat .

Lafaz niat:
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sahaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Malam 1 HINGGA 15 Ramadhan

Rakaat Pertama : Surah al - Takasur => al - Lahab
Rakaat Kedua : Surah al - Ikhlas

Malam 16 HINGGA Akhir Ramadhan

Rakaat Pertama : al - Qadr
Rakaat Kedua : al - Takasur = > al - Lahab

Bagi yang mengikut imam di surau atau masjid , harus membaca wirid - wirid , zikir dan selawat yang di selang - seli antara rakaat - rakaat solat Tarawih tadi .

Solat ini dilakukan dengan " berehat - rehat " ( berhenti sekejap ) untuk elakkan ketegangan badan selepas berbuka di samping memberikan ketenangan dan keikhlasan kepada orang yang sembahyang terutamanya orang yang berumur .

Solat ini digalakkan untuk menghidupkan malam Ramadhan . Rasulullah bersabda : 
" Sesiapa yang Qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat ( ihtisab ) , akan diampuni dosanya yang lalu . "  
(Riwayat Jamaah )


* NOTA :

Semoga membawa manfaat kepada semua...Insya Allah .








0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP