ARTIS MELETOP
Ujibakat AF2014 Di Kuala Lumpur & Sabah Meriah!
Sesi ujibakat program realiti kegemaran ramai Akademi Fantasia 2014 (AF2014) telah pun berlangsung di lokasi terakhir dengan meriah selama dua hari bermula dari 21 hingga 22 Jun bertempat di Novotel Kota Kinabalu 1 Borneo, Sabah dan FINAS Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
Agak mengejutkan, kehadiran tidak dapat dijangka di mana pada hari pertama sahaja lebih 700 orang yang hadir untuk mencuba nasib di sesi ujibakat AF2014.
Pelbagai gaya dan aksi dapat dilihat sebelum menjejakkan kaki ke bilik ujibakat dan berdepan dengan juri-juri utama yang agak tegas seperti Cikgu Syafi, Cikgu Fatimah dan juga penyanyi Nurul Depp.
Tidak dapat dinafikan, rata-rata peserta yang hadir ke sesi ujibakat ini tidak dapat menyembunyikan rasa gementar ketika berhadapan para juri sehingga ada yang terlupa lirik dan mengambil masa yang agak lama untuk menenangkan diri.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Apa yang menarik perhatian ialah jumlah peserta lelaki lebih ramai berbanding wanita dan kebanyakkan memilih lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ nyanyian Hafiz dan ‘Patah Seribu’ nyanyian Shila Amzah sebagai lagu ujibakat.
Selain itu, bekas rekrut daripada program realiti ‘The Band’ iaitu Danish Dash, Zulyasrani dan Farahain juga turut hadir ke sesi ujibakat AF2014 untuk mencuba nasib.
Sudah pasti pentas AF2014 kali ini bakal menyaksikan bakat-bakat muda yang mampu memberi saingan hebat dan bersinar dalam industri seni tanahair.
Sama-sama kita nantikan siapakah yang terpilih untuk berada di pentas AF2014.
0 comments:
Post a Comment