Menulis Untuk Memberi
Ramadhan Tiba Bersama Hikmah
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah ...
Ramadhan datang lagi bersama hikmah, menuntut umat Islam di seluruh pelusuk dunia agar mengerjakan puasa . Walau terpaksa mengharungi keletihan , kelaparan dan dan kehausan , perlu ada niat tulus ikhlas melakukannya semata - mata untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
Dengan diwajibkan berpuasa , semua golongan Islam , kaya dan miskin , berada dan tidak berada , terpaksa menempuhi ujian yang sama . Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam .
Kelebihan Berpuasa
Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah , justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan .
Dari segi kesihatan , perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan , sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi .
Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai separuh daripada kesabaran .
Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah , selamat dari api neraka dan menghapuskan dosa - dosa kecil .
Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih , di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah ( badan ) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain , khususnya mereka yang daif .
Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi S.A.W yang beraksudnya :
" Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan , mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa - dosanya yang lalu . "
" Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan , mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa - dosanya yang lalu . "
Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu - pintu syurga , ditutup pintu - pintu neraka dan dirantaikan syaitan .
Malam nuzul Al- Quran ( 17 Ramadhan ) merupakan saat penting al - Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman .
Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT .
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan sebaik mungkin apatah lagi dalam keadaan cuaca yang dijangkakan panas berpanjangan . Dikesempatan ini , saya memohon maaf seandainya ada tulisan serta komen - komen saya yang mengguris rasa . Mudah - mudahan kita dipanjangkan umur untuk menyudahkan puasa sebulan ... aaamin .
* NOTA :
Seluruh pasaindera kita perlu berpuasa juga .
0 comments:
Post a Comment