Loading...
Saturday, June 28, 2014

Piala Dunia: Ramadan Bermula Untuk Pemain Beragama Islam Hari Ini


BLOG TAUHU SUMBAT

Piala Dunia: Ramadan Bermula Untuk Pemain Beragama Islam Hari Ini

RIO DE JANEIRO: Kehadiran Ramadan, bermula hari ini menjadi ujian besar buat pemain beragama Islam yang kini beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil. Ini adalah pertama kali dalam tempoh 28 tahun, Ramadan disambut serentak dengan kejohanan bola sepak berprestij itu. Kali terakhir adalah ketika Mexico menjadi tuan rumah pada tahun 1986.
<!-- more -->
Suhu semasa dicatatkan adalah antara 25 hingga 32 darjah celsius dan kebanyakan perlawanan pula berlangsung sebelah petang.

Ketua pasukan Algeria, Madjid Bouguerra ketika diwawancara media negaranya mengakui ia cabaran besar kepada pemain, namun baginya bukan asing dan pernah melalui pengalaman sama ketika beraksi bersama kelab Eropah, Glasgow Rangers.

“Ia memang sukar, tetapi cuaca di sini baik. Beberapa pemain akan menangguhkan puasa, tetapi saya akan meneruskannya bergantung kepada keadaan fizikal,” katanya.

Pertahanan Perancis, Bacary Sagna pula yang ditemubual The Associated Press (AP) di Ribeirao Preto, tahu bahawa terdapat kelonggaran tertentu yang membolehkan seseorang untuk menangguhkan puasa.

“Secara peribadi saya tidak akan melakukannya, tetapi semua orang bebas untuk meneruskan puasa dan saya benar-benar menghormati mereka,” katanya.
Selain Bacary, pemain tengah, Moussa Sissoko dan pertahanan sensasi Real Madrid, Karim Benzema antara pemain Perancis beragama Islam.

Pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini, pula mewakili negaranya, Belgium, selain dua tonggak Jerman, Sami Khedira dan Mesut Ozil.

Lain-lain pemain, Xherdan Shaqiri, Admir Mehmedi dan Gokhan Inler mewakili Switzerland, sementara Wakaso Mubarak dari Ghana serta Vincent Aboubakar mewakili Cameron terlepas daripada beraksi pada Ramadan selepas pasukannya gagal ke peringkat kedua, saingan 16 pasukan.

Antara pasukan yang mencatatkan ramai pemain Islam dan layak beraksi pada pusingan kedua adalah Algeria. - Agensi
Wassalam, Wa'allahhualam,
 blogtauhusumbat.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP