ARTIS MELETOP
Air Mata Jimmy Shanley Tumpah Saat Sah Bergelar Suami Kali Kedua
Umum mengetahui tentang perkahwinan pelakon Jimmy Shanley dengan Mariam Jamilah pada petang semalam (Sabtu).
Namun mungkin ramai yang tidak tahu duda anak satu itu menangis teresak-esak selepas sah dinikahkan dan membaca lafaz taklik dalam keadaan tersekat-sekat kerana tidak dapat mengawal perasaannya.
Keadaan itu turut menjadikan suasana sebak dan tetamu yang hadir turut mengalirkan air mata, termasuk ibu mertuanya Prof. Dr. Zuraida Abdul Rahman.
Jimmy ketika ditemui selepas majlis akad nikah, bersyukur kerana akhirnya bertemu dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bergelar suami semula.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Saya melalui pengalaman yang getir sejak empat tahun lalu dan sebab itu saya menangis ketika bacaan taklik.
"Dulu saya mungkin kurang muhasabah diri, tidak relaks dan belum matang.
"Insya Allah saya akan perbaiki semua kekurangan lalu untuk perkahwinan kedua ini," katanya yang belum mahu berkongsi detik dan tempoh perkenalan dengan Mariam Jamilah.
Namun difahamkan mereka mula rapat sejak tahun lalu selepas diperkenalkan oleh adik Mariam Jamilah.
Jimmy memberitahu, dia terpikat dengan isterinya kerana seorang wanita yang menjaga solat, tidak keluar malam dan berkongsi hobi yang sama.
Dengan sekali lafaz, Jimmy yang juga penyampai radio Ultra 101.3 FM bergelar suami kepada Mariam Jamilah yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Mariam Jamilah, Abdul Jalil Othman dengan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM15,000.
Pada majlis itu, Jimmy membawa lima dulang hantaran sementara pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Sebelum ini, Jimmy pernah berkahwin dengan anak jutawan kosmetik produk Natasya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010.
Namun mereka hanya sempat melayari alam rumah tangga selama 20 hari sebelum tinggal berasingan.
Mereka sah bercerai pada 11 Oktober 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley, 3 tahun.
0 comments:
Post a Comment