ARTIS MELETOP
Amy Search fobia perut buncit
PENYANYI legenda, Amy Search bukanlah antara golongan yang memiliki masalah berat badan, malah sekali pandang, susuk tubuhnya kelihatan agak kurus.
Bagaimanapun, akui Amy, dia tidak terkecuali daripada mengalami masalah perut buncit sama seperti kebanyakan lelaki yang sudah meningkat usia.
“Saya tidak pernah alami masalah berat badan dan berat badan saya sebelum ini hanya dalam lingkungan 50 hingga 53 kilogram (kg) sahaja.
“Tapi ada satu ketika berat badan saya mula naik. Masa itu saya bercuti ke Bali dan rakan-rakan cadangkan saya minum jamu untuk kesihatan.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Sejak minum, saya dapati perut saya mula buncit sedikit dan berat saya bertambah menjadi 60kg,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran peralatan perubatan, KO Vanquish di Pusat Rawatan Kecantikan Dr. KO di Klang, semalam.
Penambahan berat badan itu membuatkan dirinya tidak senang tambahan pula Amy seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan penampilan.
“Sebelum ini saya tidak pernah gemuk jadi bila perut sudah buncit, saya memang tidak puas hati. Banyak cara saya sudah cuba untuk dapatkan kembali bentuk asal perut saya, tapi semuanya tidak menjadi.
“Mujurlah baru-baru ini isteri cadangkan untuk saya cuba rawatan KO Vanquish dari Pusat Pakar Rawatan Kecantikan, Dr. KO. Lepas dua kali jalankan rawatan ini, saya benar-benar gembira kerana hasilnya sangat memuaskan.
“Oleh kerana tidak mahu perkara itu berulang, saya kini lebih berhati-hati dalam soal penjagaan makanan. Saya hanya amalkan makan di waktu pagi dan malam jika benar-benar lapar,” ujarnya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Tambah Amy lagi, dia amat berpuas hati dengan rawatan yang dilakukan tambahan pula ianya tidak menyakitkan.
“Paling penting rawatan ini tidak sakit. Sekarang berat badan saya 55kg dan untuk rawatan ketiga ni, kalau boleh saya mahu turunkan dua kilogram lagi.
“Sebagai artis, saya rasa penampilan itu penting tapi terpulang pada diri masing-masing untuk memilih caranya. Selain menjaga penampilan, saya buat rawatan ini demi kesihatan,” jelasnya.
0 comments:
Post a Comment