ARTIS MELETOP
Ana Dahlia tipu wartawan?
SEBELUM bermulanya sebuah majlis yang diadakan di Hotel Royal Bukit Bintang baru-baru ini, Hits sempat menemu bual aktres Ana Dahlia untuk mendapatkan penjelasan mengenai hubungannya dengan seorang jejaka sasa, Ubaidah Zulkiflee, 24 atau mesra disapa sebagai Ubai.
Berdasarkan perbualan tersebut, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31, menafikan sekeras-kerasnya bahawa Ubai adalah tunangnya, bahkan hanya sekadar kawan biasa yang sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Pada masa yang sama, dia mengakui keluarga Ubai pernah bertandang ke rumahnya berjumpa dengan keluarga untuk merisik dirinya yang sudah dua tahun bergelar janda itu.
Pun begitu, katanya masih belum bersedia untuk memikirkan mengenai hubungan mereka ke tahap yang lebih serius memandangkan perkenalan mereka masih mentah lagi, seawal usia setahun.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Ubai sangat mengambil berat mengenai segala-galanya. Dia seorang yang sangat baik dan bijak memikat hati saya. Jadi, secara tidak langsung saya selesa untuk berkawan dengannya.
Akan tetapi, ia masih di peringkat awal. Belum ada sebarang hubungan yang serius walaupun ke tahap untuk bercinta. Saya lebih gemar jika ia dianggap berkawan berbanding bercinta," itulah antara butir-butir bicara antara wartawan hiburan yang hadir dengan Ana yang turut ditemani ibunya, Norshahazam Ariffin serta Ubai di sisinya ketika memeriahkan sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia.
Pecah tembelang
Namun, setelah majlis bermula, pengacara majlis pada malam itu iaitu Bill Bora ketika mengendalikan acara tiba-tiba mengucapkan sekalung tahniah buat Ana dan Ubai kerana mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Ternyata, ia mengejutkan para wartawan yang berada dalam dewan tersebut kerana baru sahaja sebentar tadi, Ana memberitahu sesuatu yang bertentangan dengan pengumuman yang diucapkan oleh pengacara majlis itu.
Melihat raut wajah Ana ketika itu, jelas dia agak terkejut dengan kenyataan Bill Bora itu, mungkin takut tembelangnya pecah, sekali gus dicop sebagai penipu. Apatah lagi, ia berlaku secara langsung di hadapan matanya sendiri dan wartawan yang menemu bualnya masih berada di dalam dewan yang sama.
Salah faham
Lantas, Hits segera mendapatkan Ana semula untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar-benarnya agar tidak mahu melaporkan sesuatu yang mengelirukan.
Menurut Ana yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Luqmanul Hakim di Johor itu, kenyataan Bill Bora hanyalah disebabkan salah faham kecil sahaja. Ia tidak benar sama sekali.
Abang Bill sama seperti pembaca atau peminat seni hiburan tempatan yang lain. Sebelum ini mungkin dia ada terbaca dalam mana-mana akhbar atau blog mengenai hubungan saya dengan Ubai yang dikatakan telah bertunang.
Akan tetapi, berita itu tidak sahih kerana sama ada saya ataupun Ubai, masing-masing tidak pernah memberi kenyataan mengenai status hubungan kami. Sedangkan kalau kami keluar bersama pun, bukannya berdua tetapi bertiga dengan pereka Ezuwan Ismail.
Insya-Allah, jika jodoh kami berdua dipertemukan, Ana akan kongsi berita gembira itu dengan semua peminat dan rakan wartawan," katanya memperjelaskan cerita sebenar bagi memperbetulkan kekeliruan yang dilaporkan media tempatan.
0 comments:
Post a Comment