Loading...
Tuesday, June 17, 2014

Mawar Rashid tolak gila glamour


ARTIS MELETOP

Mawar Rashid tolak gila glamour



PADA masa kini, tidak keterlaluan untuk mengatakan, pengaruh laman sosial membuatkan sesiapa sahaja mudah dikenali jika bijak membuat sesuatu perkara yang mampu menarik perhatian ramai.

Secara tidak langsung, individu yang berjaya menarik perhatian ramai akan memiliki pengikut atau peminat tersendiri di laman sosial milik mereka.

Malah secara tidak langsung, mereka juga bakal menjadi selebriti di laman sosial milik mereka.

Begitu juga dengan bintang pilihan Zass minggu ini, Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 19.

Bagi anda yang aktif menerusi laman sosial, terutamanya Keek, Instagram, nama Mawar Rashid barang kali bukanlah asing lagi.

Hanya berniat untuk berkongsi video sebagai satu hiburan, Mawar tidak menyangka dia memperoleh lebih 100,000 pengikut di laman sosial Instagram dan Keek. Manakala lebih 15,000 di Twitter.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

"Pada awalnya saya gemar memuat naik video sebagai satu bentuk hiburan bersama kawan-kawan dan juga sebagai salah satu cara buat saya untuk meredakan tekanan.

"Saya bermula dalam laman sosial Keek. Tetapi bila mula dikongsi, saya dapati ada di antara aksi dalam Keek dikongsikan ke Facebook, YouTube sehingga menjadi viral,” katanya kepada Zass.

Mawar mengakui terkejut bila sedikit demi sedikit pengikutnya mula bertambah dan khuatir jika dia menjadi bahan ketawa.

"Saya buat video berkenaan bukan untuk glamor dan tidak pernah terfikir pun untuk menjadi terkenal. Tapi saya hanya jadi diri sendiri.

"Ia hanya sekadar hiburan dan saya suka bila ada yang kata mereka ketawa melihat video saya. Individu seperti itu menaikkan semangat saya," jelasnya.

Tidak terlepas daripada menjadi bahan kutukan dan cacian pengikutnya, Mawar mengakui sangat tertekan pada mulanya, namun tidak mengambil segala kritikan dari sudut negatif.

"Mula-mula saya memang tertekan, tapi ramai kawan-kawan terutamanya Emma Maembong yang terlebih dahulu berkecimpung dalam industri seni memberi nasihat kepada saya.

"Akhirnya saya tidak ambil pusing dan jika ada komen negatif saya akan padam kerana saya tak mahu orang yang membenci saya menjatuhkan saya.

"Saya tidak paksa untuk mereka tonton video yang saya buat. Kalau tak suka, mereka tidak perlu lihat atau 'follow' saya," ujarnya tenang.

Abang pencetus idea

Tambah Mawar, biasanya idea video parodi yang dilakukannya datang daripada abangnya, Arfan Rashid.

"Sebenarnya abang Mawar yang banyak beri idea dan setiap kali ada lagu baru, dia yang akan fikir tarian, gaya dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun ujar Mawar, kekangan masa kini membuatkan dia jarang dapat membuat video-video parodi seperti sebelum ini.

"Arfan memang ada tanya saya bila nak buat parodi, lagi-lagi bila ada lagu atau video muzik baru yang keluar.

"Tapi kekangan masa membuatkan saya jarang mempunyai kesempatan untuk melakukan video parodi seperti sebelum ini," ujarnya.

Ceburi bidang seni

Tidak hanya mahu menjadi 'selebriti' di laman sosial, Mawar kini memberanikan diri untuk menjadi pengacara bersama Elfira Loy menerusi program The Bucket List.

"Sebelum ini saya ada juga cuba-cuba untuk menjadi pelakon tambahan, tapi hanya sedikit sahaja babak-babak saya.

"Tapi dalam bidang pengacaraan, The Bucket List merupakan program pertama saya. Alhamdulillah saya seronok kerana diberi peluang ini," katanya.

Mawar berkata, kekangan masa kerana masih menuntut di Management & Science University (MSU) Shah Alam dalam bidang Pengurusan Perniagaan membuatkan dia masih belum dapat menceburi bidang seni secara sepenuh masa.

"Kalau boleh saya nak habiskan pengajian secepat mungkin, macam program ini mereka yang ikut jadual saya, jadi tidak ada masalah untuk saya menjalani penggambaran," katanya.

ARTISMELETOP: INILAH YANG DIKATAKAN GILA GLAMER SAMA LA MACAM BOBO NI. NASIB BAIK ARTISMELETOP MEMANG DAH MELETOP HAHAHA


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP