ARTIS MELETOP
Debaran KE 4: Zain Gentar Berdepan Arip
Menjelang Konsert Akhir Kilauan Emas 4 (KE 4) yang bakal berlangsung malam esok (Rabu), finalis Zain akui gentar berhadapan dengan seorang lagi peserta otai, Arip.
Menurut Zain, Arip mempunyai suara yang bagus dan tidak mengakui peserta berasal dari Raub, Pahang itu merupakan saingan terdekatnya.
“Kalau nak diceritakan tentang kehebatan finalis yang tinggal, saya akui semua mempunyai kehebatan dan kelebihan tersendiri.
“Nordin sangat bangus, kalau tidak takkan lah dia digelar ‘Raja Dikir’ di Kelantan. Ben pula jika diberikan menyanyikan lagu Inggeris memang dia ‘pukul’ habis-habisan. Nas juga ada suara yang sangat baik dan perlu digeruni kerana membuat persembahan konsisten setiap minggu.
“Sepanjang berada di KE 4 saya paling rapat dengan Arip. Dia sahabat saya di sini dalam masa yang sama dia juga ‘musuh’ terdekat saya. Suaranya tinggi…Setiap kali dia berada di pentas dan menyanyi saya gementar,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Bercerita mengenai tekanan sepanjang berada di dalam pertandingan realiti ini, Zain memberitahu tekanan hanya datang pada peringkat awal.
“Saya tertekan juga apabila ada yang mengecam saya kerana saya ni penyanyi dan masuk ke sini. Tetapi lama-kelamaan dah jadi biasa pula.
“Tidak mengapalah…saya anggap itu sebagai cabaran dan akan membuat persembahan terbaik kepada para penonton di malam final nanti,” ujarnya.
Kepada peminat-peminat Zain jangan lupa hantarkan undian jika mahu otai kegemaran anda ini bergelar juara!
Taip KE20 ZAIN dan hantarkan ke 32777.
Juara bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000?
Jom kita saksikan persembahan mantap Zain dan Arip pada pentas Separuh Akhir Kilauan Emas 4 ini:
0 comments:
Post a Comment