ARTIS MELETOP
Dokumentari khas 'Jins Shamsuddin'
Jins Shamsuddin
KETIKA era kejatuhan filem Melayu, beliau lantang menyuarakan garis panduan yang perlu ada, bagi memajukan semula industri perfileman di Malaysia.
Beliau seorang tokoh besar yang mempunyai visi, menerka masa depan kemajuan filem Malaysia. Saksikan dokumentari khas beliau, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin menerusi Kembara Seorang Seniman, mulai 8 Jun ini, setiap Ahad, pukul 10.05 malam di TV1.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Dokumentari ini bakal mengupas perjalanan kisah Jins Shamsuddin yang ketika zaman mudanya terkenal dengan sikap sangat tegas, tinggi integriti diiring disiplin diri yang mantap.
Sedikit mengenai latar belakang, beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School pada tahun 1970-1972 dan menerima diploma dengan kelas pertama (1999). Beliau juga pemegang Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada
Universiti Sains Malaysia serta Ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
Terkenal dengan watak ejen perisik Jefri Zain, tokoh kelahiran Taiping Perak ini, juga menyerlah sebagai pengarah dan pernah menghasilkan beberapa filem seperti Menanti Hari Esok (1977), Esok Masih Ada (1979), Tiada Esok Bagimu (1980) dan Esok Untuk Siapa (1982).
Malah semangat beliau dalam memartabatkan industri filem Malaysia dengan memikul tanggungjawab sebagai Yang Di Pertua Kesatuan Pekerja di Jalan Ampas, juga perjuangan melihat bidang filem berada di kelas tersendiri, turut dikongsi menerusi dokumentari ini.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
0 comments:
Post a Comment