Loading...
Thursday, June 5, 2014

Felixia Yeap Terima Tekanan Kerana Gambar Seksi


ARTIS MELETOP

Felixia Yeap Terima Tekanan Kerana Gambar Seksi


Felixia akui tertekan dengan desakan sesetengah pihak yang memaksanya membuang gambar-gambar lamanya di Facebook.

Model berbangsa Cina iaitu Felixia Yeap yang memilih berhijab mengaku rimas dan tertekan dengan desakan segelintir pihak yang memaksanya membuang gambar-gambar seksi di laman sosial Facebook miliknya.

Felixia, 27, yang mula dikenali selepas tampil dengan imej bertudung litup berkata, dia memerlukan masa untuk membuang ribuan gambar ketika menjadi model beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy.

"Kadang-kadang saya rimas bila orang hantar mesej peribadi di laman sosial menyuruh saya membuang gambar-gambar lama saya. Bukan saya tidak mahu buang tetapi saya tiada masa untuk berbuat demikian.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

"Saya perlu masa untuk menyimpan satu persatu gambar tersebut sebelum membuangnya, ia bukan sekeping dua tetapi beribu-ribu," katanya melalui kiriman e-mel kepada mStar Online di sini, Khamis.

Felixia berkata demikian ketika diminta mengulas status yang dimuat naik dilaman Facebook miliknya yang meminta kerjasama daripada semua pengikut laman sosial itu agar tidak memberi tekanan kepadanya supaya membuang gambar-gambar sebelum bertudung.



Wajah anggun dan jelita Felixia Yeap apabila berhijab walaupun masih belum beragama Islam.


Dalam pada itu, Felixia berkata gambar-gambar tersebut menunjukan perjalanan hidupnya yang melalui tranformasi selain ia mampu memberi inspirasi kepada individu yang ingin berubah.

"Saya rasa gambar tersebut menunjukan perjalanan hidup saya daripada seorang yang jahil hingga berubah menjadi lebih baik. Ia sedikit sebanyak dapat memberi insiparsi kepada orang lain yang ingin berubah ke arah kebaikan," katanya.

Sementara itu, Felixia tidak menafikan ramai yang mengecam tindakannya berhijab kerana dia masih belum memeluk Islam namun sebilangan besar juga masyarakat menyokong dan memberi semangat.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dia juga masih lagi mendalami ilmu tentang agama Islam sebelum mengambil keputusan untuk memeluk agama itu.

"Ramai yang pandang serong apabila saya mengenakan hijab ini tetapi ramai juga yang menyokong saya. Bagi yang mengecam, saya hanya sabar sahaja kerana tidak semua orang suka apa yang kita lakukan.

"Saya perlukan masa untuk semua itu. Kini saya masih lagi mengikuti kelas agama Islam sebelum membuat keputusan besar dalam hidup saya," katanya yang turut berjinak-jinak dalam dunia seni tanah air.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP