ARTIS MELETOP
Nora Danish Sekat Lebih 5,000 Pengikut Sehari Kerana Komen Lucah
Kami pun tidak pasti kenapa akaun Instagram Nora Danish menjadi tumpuan ramai sejak dua tiga hari ini. Bermula dengan berita melaporkan Nora Danish sebagai selebriti tempatan paling popular di Instagram dengan lebih 800,000 pengikut. Hebat ‘kan?
Bercakap kepada Pancaindera hujung minggu lalu, Nora Danish berkata beliau berterima kasih ke atas kesudian para peminat mengikuti perkembangan dirinya melalui Instagram namun mengakui tidak terlepas dari kesan negatif yang datang.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Paling terkesan apabila ada pengikut yang meninggalkan komen negatif mengaitkan fizikalnya dan daya seksualiti dan Nora Danish menganggap itu sebagai keterlaluan & memalukan.
“Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikit di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain,” ujar Nora Danish.
Terbaru, Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampakkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen yang bukan bukan terhadap dirinya termasuk yang berbaur lucah.
“Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya,” ujar Nora Danish lagi kesal selain mengakui akan lebih berhati hati selepas ini. Bagus.
0 comments:
Post a Comment