Loading...
Monday, May 19, 2014

Rumah Tangga Bergolak, Peminat Minta Abby Abadi Sabar


ARTIS MELETOP

Rumah Tangga Bergolak, Peminat Minta Abby Abadi Sabar



Abby Abadi dan suaminya, Farhan.

Ramai peminat mendoakan agar rumah tangga pelakon Abby Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang ketika ini dipercayai sedang bergolak agar kembali pulih.

Kebanyakan mereka mengharapkan agar pelakon Gerak Khas itu tabah menghadapi ujian rumah tangga mereka dengan tenang.

“Sabar banyak-banyak. Kenang kembali saat manis dan pahit bersama. Saya suka tengok akak dan husband. Pedulikan apa yang orang lain cakap.

“Doa kami orang yang sayangkan akak sentiasa untuk akak,” luah peminat yang menggunakan nama sue_maris menersi akaun Instagram milik pelakon itu.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status bagaimana dia menguruskan nikah sehinggalah rumah tangga mereka menghadapi ujian.

“Doakanlah yang terbaik untuk yang terakhir kali,” luah Abby.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak.



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP