ARTIS MELETOP
Fesyen Wak Doyok dikritik
JIKA dilihat, nama pemilik jenama The Garment, Wak Doyok kini semakin menjadi perhatian kerana fesyen yang diketengahkannya.
Biarpun rata-rata fesyennya itu menjadi pilihan sang jejaka hari kini, namun fashionista Malaysia dan juga perunding fesyen ini juga tidak terkecuali terkena tempias kritikan daripada masyarakat.
“Bila ada yang tidak suka apa yang saya buat sebenarnya itulah motivasi buat diri saya untuk menjadi yang lebih baik dan lebih bersemangat.
“Saya ceburi bidang ini bukan kerana mahu popular, tapi saya ada matlamat tersendiri dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi dari bidang fesyen,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program H Live! bertempat di Stadium Cin Woo, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Katanya, kritikan yang diberikan kepadanya itu mungkin kerana masyarakat belum mengenali fesyen yang cuba dibawakannya.
“Sebenarnya fesyen yang saya bawa ini bukanlah fesyen ‘poyo’ seperti yang dikatakan, tapi ia sangat sederhana dan boleh digayakan oleh sesiapa sahaja.
“Lagi pun saya tidak memperagakan pakaian yang berjenama tapi lebih kepada ‘street fashion’. Tapi memandangkan masih ada yang tidak tahu tentang fesyen ini, mereka akan cakap sesuka hati mereka.
“Walaupun ada yang tidak suka, tapi saya masih bersyukur kerana lebih ramai yang memberi sokongan positif,” ujarnya.
Dilabel pelawak
Melihatkan telatah lucunya sepanjang terlibat dengan program popular TV9, Ke Korea Ke Kita, ramai dalam kalangan peminat mula menggelar dirinya sebagai pelawak.
“Saya tidak kisah kalau ada yang labelkan saya sebagai pelawak atau pelakon sebab memang saya ada karakter seperti itu.
“Saya boleh melawak dan juga berlakon. Tapi fokus saya lebih kepada bidang fesyen yang saya bawa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Wak Doyok bakal tampil dengan 16 episod tutorial berfesyen di YouTube.
0 comments:
Post a Comment