ARTIS MELETOP
Suami tidak setuju tuntutan fasakh Zahnita
Zahnita Wilson keluar dari mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor, semalam
SHAH ALAM 26 Mei - Suami model dan pelakon, Zahnita Wilson, hari ini memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini bahawa dia tidak bersetuju dengan tuntutan fasakh yang difailkan isterinya itu pada November tahun lalu.
Ahli perniagaan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, yang pertama kali muncul di mahkamah turut memberitahu Hakim Syarie, Azmi Aziz, dia tidak pernah menerima notis saman berkaitan kes itu yang memintanya hadir ke mahkamah.
Bagaimanapun peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Zahnita, 28, atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson membantah dan memaklumkan telah menyampaikan notis tersebut kepada Abdul Zackery melalui penghantar saman pada 5 Disember 2013 tetapi dia enggan menerimanya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Kata Amli, sehingga hari ini pihaknya belum menerima salinan afidavit pembelaan daripada Abdul Zackery.
Azmi kemudian bertanya kepada Abdul Zackery sama ada bersetuju atau tidak dengan tuntutan isterinya.
Ahli perniagaan itu dengan pantas menjawab tidak bersetuju, justeru Azmi menasihatkannya supaya melantik peguam bagi melancarkan prosiding kes.
Sebaliknya, Abdul Zackery berkata, tiada sebab untuknya melantik peguam selain terkejut dengan keadaan tersebut namun akan menjawab sendiri tuntutan itu.
Sehubungan itu, perbicaraan dengan keterangan Zahnita yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan pada 3 Julai ini untuk Abdul Zackery memfailkan afidavit pembelaan secara bertulis.
Pada 18 November 2013, Zahnita yang pernah membintangi filem Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja, memfailkan tuntutan fasakh terhadap Abdul Zackery selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu yang bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Bandar Sri Damansara dikurniakan dua anak perempuan, Zahrafeena, 6, dan Zasharayna, 1.
0 comments:
Post a Comment