Loading...
Sunday, May 11, 2014

Khadijah Ibrahim Nak jadi pelari pecut


ARTIS MELETOP

Khadijah Ibrahim Nak jadi pelari pecut



HIDUPNYA tidak pernah sepi dengan gelak tawa. Setiap kali bersama keluarga pastinya hati penyanyi Khadijah Ibrahim dipenuhi dengan kasih sayang oleh adik-beradik sejak kecil lagi.

Tambahan pula dia dibesarkan bersama i 12 orang adik beradik . Sudah tentu kenangan tersebut tidak dapat dilupakan meskipun sudah dilewati berpuluh-puluh tahun.

Dibesarkan dalam keluarga besar, Khadijah tidak menganggap itu sebagai sesuatu yang membebankan. Dia masih ingat kenangan indah zaman kanak-kanak bersama adik-beradik yang lain.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menjadi anak perempuan terakhir di dalam keluarga, pastinya Khadijah merupakan anak yang manja. Dia masih ingat segala kasih sayang dicurahkan oleh keluarga kepadanya.

"Dulu arwah ibu merupakan anak tunggal dalam keluarga. Ada orang gaji dan hidup pun senang. Apabila ibu berjumpa dengan ayah mereka bina hidup baru meskipun ayah bukan orang senang.

"Jadi apabila ibu berkahwin dia mahu anak ramai. Mungkin ketika dia kecil timbul perasaan sunyi dan apabila berkeluarga itu yang membuatnya gembira dikurniakan anak yang ramai," jelas Khadijah lagi.

Baginya kenangan zaman kanak-kanak cukup manis. Seperti kanak-kanak seusia dengannya Khadijah sering menghabiskan masa dengan bermain bersama dengan rakan-rakan seusia dengannya.

Dilahirkan di Singapura tetapi dia dibesarkan di Gombak, Selangor. Tidak lama kemudian mereka sekeluarga berpindah ke Setapak, Kuala Lumpur yang menjadi tempatnya membesar.

Paling diingati ketika kecil, abang dan kakak sering membelinya pakaian yang cantik memandangkan dia cukup manja dengan mereka.

Kakak ketiganya, Sophia Ibrahim yang juga merupakan dramatis terkenal tanah air adalah orang yang paling banyak ‘memanjakan’ dirinya memandangkan dia sudah bergelar pelakon ketika itu.

Abang kelimanya, Latif Ibrahim juga banyak membantu Khadijah sewaktu zaman persekolahan memandangkan Latif merupakan penyanyi terkenal ketika itu.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP