Loading...
Friday, May 9, 2014

Hefny Sahad Kacau Daun?


ARTIS MELETOP

Hefny Sahad Kacau Daun?



SEORANG teman Joyah baru-baru ini ada sampaikan cerita pasal hubungan cinta Nad Zainal dan Azwan Kombos.

Teman Joyah tu sebenarnya terkejut dengan kenyataan secara tiba-tiba yang dikeluarkan oleh Nad Zainal dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu.

Soal teman Joyah, kenapa perlu keluarkan kenyataan seperti itu? Kata sudah putus sedangkan si kekasih tidak tahu apa-apa. Tanpa ada ribut yang melanda, cinta mereka sudah berantakan. Bak kata Nad, Its Over!

Joyah kesian melihat Azwan sebenarnya, sebab dia tidak keruan sehingga meminta Nad berikan penjelasan. Kalau boleh duduk berbincang. Selesaikan cara baik.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Itulah Joyah pun terkejut dengan cara Nad yang terbuka menceritakan perpisahan mereka. Tapi, tak kisahlah pasal berpisah tu. Cuma Joyah nak tahu sebab apa mereka berpisah.

Baik Azwan atau Nad, dua-dua pun tidak mahu beritahu apa sebab mereka putuskan cinta itu di tengah jalan.

Dirisik-risik dengan lebih dalam. Kata teman Joyah yang memang mulut celupar tu, Nad Zainal sebenarnya sudah ada pengganti.

Fuhh...Itu yang membuatkan Joyah semakin bersemangat bercerita dengan teman Joyah ni. Kata teman kesayangan Joyah tu, adalah seorang artis lelaki baru ni sudah masuk line.

Lanjut kawan Joyah, nama artis tu Hefny Sahad. Biar betul? Kacau daun betullah si Hefny ni. Taulah kacak bergaya tetapi janganlah rampas kekasih orang. Padahal, Hefny mesti tahu yang Azwan dan Nad sebelum ni sudah pergi kursus kahwin sama-sama.

Apa lagi alasan Nad lepas ni kalau sebenarnya sebab musabab mereka berpisah adalah kerana orang ketiga.

Pada mulanya, agak sukar untuk Joyah percaya semua itu. Apabila diceritakan lagi di sebalik apa yang berlaku, baru Joyah percaya. Nasib baik Azwan tak gaduh dengan Hefny, kata teman Joyah. Kalau tak, porak-peranda dunia hiburan nanti.

Apa pun, Joyah memang tak berkenanlah dengan cara Nad tu. Sangat over dalam bercerita. Itulah padahnya. Apa yang berlaku ni mengingatkan Joyah kepada seorang lagi teman baik yang mengalami perkara sama. Dia pernah ditinggalkan perempuan disebabkan perempuan tu ada kekasih lain.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP