Loading...
Sunday, May 18, 2014

Zizan Razak Enggan Komen Nilai Kontrak


ARTIS MELETOP

Zizan Razak Enggan Komen Nilai Kontrak



Bermula hari ini, 16 Mei 2014, Zizan Razak secara rasminya bernaung di bawah pengurusan Astro. Menurut pelakon, pengacara dan pelawak ini, dia sememangnya teruja dengan pengurusan baru ini memandangkan mereka menjanjikan perancangan karier yang lebih besar berbanding pengurusan lamanya yang juga merupakan syarikat miliknya, Wirefame Entertaiment.

Bagaimanapun, hero ‘Hantu Bonceng’ ini enggan mengulas lanjut tentang nilai kontrak yang diterimanya. Ini kerana dia menganggap perkara ini adalah sulit dan persendirian.

“Nilai kontrak yang RM2 juta yang disebut-sebutkan oleh orang itu bukan daripada mulut saya. Saya tidak pernah cakap apa-apa pasal nilai kontrak, dan saya enggan membincangkan perkara ini. Bagi saya, ia adalah sulit dan persendirian. Biarlah hanya saya dan pihak pengurusan Astro sahaja yang tahu,” ujar Zizan ketika ditemui di majlis pelancaran single ‘Opss! Aku Dah Ter…’ dan ‘Girlfriend’ pada Khamis.

Biarpun sudah memberikan sebab-sebab dia beralih kepada pengurusan baru, namun Zizan tetap diasak dengan dengan pertanyaan tentang sebab sebenar dia mahukan pengurusan baru. Ini kerana khabar angin masih berterbangan yang mendakwa ada kemelut di antaranya dengan bekas pengurus, Marina Juki.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, saya tidak meninggalkan Wirefame Entertainment. Saya masih rakan kongsi syarikat itu memandangkan saya mempunyai saham sebanyak 70 peratus. Bagaimanapun, saya tidak mahu berselindung, memang syarikat saya itu ada beberapa isu yang perlu diselesaikan. Wirefame Entertainment akan terus beroperasi seperti biasa. Saya harap semua masalah boleh diatasi dengan baik,” ulas Zizan lagi.

Dalam masa yang sama, Zizan turut memberi komen seandainya dia dilabel seorang yang ‘gila duit’ kerana ramai yang yakin dia mendapat bayaran RM2 juta biarpun enggan mengesahkannya.

“Gila duit? Itu memang lumrah orang untuk berkata-kata. Saya tak kisah pun, sebab kita memang memerlukan duit untuk kehidupan. Tetapi ingin saya jelaskan bahawa duit bukanlah sebab utama saya bersetuju bernaung di bawah Astro.

Saya setuju kerana yakin pihak Astro boleh merencanakan perjalanan karier saya dengan lebih baik. Selepas membaca kontrak yang mereka sediakan, saya nampak dengan mereka saya boleh pergi lebih jauh. Selain itu, saya juga mengambil kira rekod Astro terdahulu. Tengok sahaja pencapaian Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Erra Fazira. Mereka berjaya. Jadi ini adalah peluang besar untuk karier saya. Saya juga mahu menimba pengalaman baru.

Lagipun Astro memberi kelonggaran untuk saya menerima tawaran daripada stesen-stesen televisyen lain. Saya juga boleh membuat keputusan sendiri. Mereka tidak akan memaksa saya untuk melakukan perkara yang tidak disukai,” ulas Zizan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP