Loading...
Tuesday, May 6, 2014

Tidak dibayangi Wak Doyok


ARTIS MELETOP

Tidak dibayangi Wak Doyok


MINGGU ketiga pertandingan Bintang Mencari Bintang 2 (BMB2) bagi Kumpulan A pada Ahad lalu, dilihat kurang menjadi atau menyengat.

Rata-rata enam kumpulan yang merupakan anak didik kepada Ebby Yus, Harun Salim Bachik, Apek Senario, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan juga Faizal Ismail dilihat masih sederhana.

Markah keseluruhan bagi enam peserta ini Tokan (71.7),OOOOO (66.3), PK (53.3), Lampu (48.3), Jebat (42.9) dan Tak Tih (30.4).

Namun, usaha anak didik kepada Faizal Ismail (FBI), iaitu Tokan berjaya menyelamatkan keadaan kerana bijak menguasai pentas.

Dianggotai Ashraf dan Zaharudin, nyata Tokan begitu menyerlah dengan artis jemputan Wak Doyok.

Bagi Faizal Ismail, dia menganggap penampilan Wak Doyok mampu mencuri perhatian umum apatah lagi figura tersebut bukan calang-calang orang.




"Saya fikirkan satu kelainan dengan menampilkan Wak Doyok kerana dia bukannya seorang penyanyi atau pelakon.

"Namun idea yang diketengahkan Tokan bertepatan dengan karakter fashionista ini," ujarnya.

Persembahan peserta diadili oleh juri tetap, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, AR Badul dan Ronnie (Hyper Act) selaku juri jemputan yang menilai peserta dari segi nyanyian.

Menurut Ogy, Tokan berjaya menonjolkan bahasa tubuh dan komunikasi berkesan antara satu sama lain.

"Biarpun pertama kali berganding, Tokan tidak dibayangi Wak Doyok sebaliknya berjaya menguasai pentas secara seimbang.

"Mereka bijak mengatur jalan cerita dan susunan penceritaan bagus tanpa bergantung kepada artis undangan," ujarnya.

Bagi AR Badul pula, dia memuji sifu Tokan kerana berjaya mengali idea yang menarik untuk membuatkan penonton ketawa dan melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Selaku juri nyanyian, Ronnie menyifatkan persembahan Tokan merupakan yang terbaik pada malam itu.


Kebangkitan OOOOO

Anak didik Afdlin Shauki, kumpulan OOOOO yang dianggotai dua anak muda iaitu Zulkarnain dan Ridhzuan, turut menyerlah dengan persembahan yang diangkat menerusi filem 'Semerah Padi'.

Menggunakan latar belakang zaman kegemilangan P. Ramlee, OOOOO bijak menguasai pentas biarpun tetamu undangan merupakan pelakon dan pengarah hebat, Khir Rahman.

Sketsa tersebut diolah semula dalam pelbagai bentuk penceritaan seperti opera Cina dan dokumentari, turut menyelitkan kisah hangat 'bakal pengantin' yang menjadi topik popular di radio Hot FM.

Bagi Afdlin, dia hanya menjalankan tanggungjawab untuk mengasah bakat anak didiknya.

"Saya memberi dorongan dan kata-kata semangat buat mereka untuk terus berjuang. Ia terserah kepada OOOOO untuk lakukan yang terbaik dalam persembahan.

"Melihatkan persembahan mereka malam ini, saya sangat berbangga dan seronok dapat bekerjasama dengan keduanya," kata Afdlin.


Jebat 'dihentam', Tak Tih hambar

Berbeza pula dengan nasib kumpulan Jebat apabila persembahan mereka hambar dan tidak mendapat sambutan daripada penonton.

Bahkan anak didik Adlin Aman Ramli menerima komen-komen pedas daripada juri apabila tiada keunikan yang ditonjolkan.

Biarpun membariskan pelakon undangan yang popular seperti Johan RJ, Johan Ashaari dan Que Haidar namun kumpulan Jebat gagal memikat juri dan juga penonton.

Bagaimanapun, bagi Adlin, ia tidak mematahkan semangat untuknya terus mendidik Jebat dengan lebih baik.

"Saya mahu kumpulan ini memahami situasi selepas bergandingan dengan tiga pelakon hebat.

"Selepas ini, saya mahu Jebat setanding sebab itulah Johan dipilih menjadi artis undangan," katanya.

Sekiranya tahun lalu anak didik Harun Salim Bachik menjuarai BMB musim pertama, namun kali ini kumpulan Tak Tih gagal memberikan persembahan yang menarik.

Gandingan Ridzuan dan Haszizie bersama aktres Kenchana Dewi hambar dari awal persembahan hingga ke akhir.

Penggunaan bahasa Tamil dilihat kurang berkesan kerana rata-rata penonton kurang memahami apa yang ingin Tak Tih sampaikan.

Malah komen juri, Ogy, menegaskan, lawak Tak Tih dilihat slapstik dan 'terdesak' untuk membuatkan penonton ketawa.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP