ARTIS MELETOP
Payudara Besar Tasha Shila Akui Cuma Minum Produk
BEBERAPA hari lalu, gambar pelakon Tasha Shila yang sedang minum segelas minuman kesihatan tiba-tiba menjadi sensasi di laman sosial.
Puncanya, payudaranya dilihat mengalami perubahan saiz yang cukup ketara berbanding sebelum ini.
Ia mengundang pelbagai persoalan adakah pertambahan saiz asetnya itu ada kaitan dengan produk tersebut atau mungkin Tasha melakukan pembedahan tertentu?
Menerusi laporan Astro Gempak, Tasha dengan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa perubahan itu merupakan kesan daripada penggunaan produk kesihatan itu.
“Sungguh! Tiada pembedahan plastik…Tasha cuma minum produk itu…Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk itu berkesanlah.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Mereka ada hak untuk bercakap…Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja.
“Tasha dah menggunakan produk kesihatan dan kecantikan tersebut selama dua bulan setengah dan dapat hasilnya,” jelasnya.
Menurut pelakon itu lagi, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang daripada terus berkata-kata.
“Sebelum ini pun orang kata Tasha pergi Bangkok buat hidung dan payudara… Jadi, bila cerita ni timbul Tasha tak tahu nak komen apa,” katanya.
Bagi kami, tak salah sekiranya kita bersangka baik. Mungkin produk tersebut benar-benar berkesan jika diamalkan oleh wanita.
Anggaplah Tasha sebagai testimoni pengguna yang berjaya…
0 comments:
Post a Comment