BLOG TAUHU SUMBAT
1.6 Juta Kereta Gerak Serentak Punca Jalanraya Sesak
Kenderaan bergerak perlahan di Karak menuju ke Pantai Timur menjelang Aidilfitri pada Sabtu lalu. Kuala Lumpur: Kira-kira 1.6 juta kenderaan bergerak serentak menjelang Aidilfitri lalu adalah punca utama kesesakan luar biasa di kebanyakan lebuh raya utama di seluruh negara.
Keadaan itu menyebabkan waktu perjalanan ke semua arah keluar dari pusat bandar raya meningkat kepada 10 jam hingga 16 jam berbanding waktu perjalanan biasa yang lazimnya antara tiga jam dan lima jam. Cuti panjang Kesesakan luar biasa itu juga berpunca daripada orang ramai berbilang bangsa turut mengambil peluang bercuti panjang berikutan Aidilfitri jatuh pada Isnin dan Selasa.
<!-- more -->
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata jumlah kenderaan yang meningkat di lebuh raya berkemungkinan disebabkan sebuah keluarga menggunakan lebih daripada satu kereta untuk pulang ke kampung.
“Kesesakan ini berlaku setiap tahun dan pergerakan pada satu masa oleh semua kenderaan menyebabkan keadaan bertambah teruk,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.
Aishah diminta mengulas mengenai punca warga kota terpaksa berdepan kesesakan paling teruk untuk pulang ke kampung halaman masingmasing bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.
Dua hari sebelum perayaan itu, pengguna yang ingin pulang ke Kota Bharu terpaksa menempuh perjalanan sehingga 16 jam, yang biasanya mengambil masa lapan jam manakala perjalanan ke Alor Setar mengambil masa sehingga 11 jam.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Husain Osman, berkata jumlah kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) meningkat sehingga 85 peratus pada Sabtu lalu.
Dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT

0 comments:
Post a Comment