Loading...
Wednesday, August 6, 2014

Afiq doa kebahagiaan Eina!


ARTIS MELETOP

Afiq doa kebahagiaan Eina!


Afiq Muiz

TAHUN lalu industri seni digemparkan dengan kisah pelakon ini yang pernah dilabelkan anak derhaka oleh ibu kandungnya sendiri, namun di sebalik ujian yang dilaluinya, dia menganggap apa yang berlaku sebagai pengalaman hidup di bumi ALLAH SWT.

Mengakui kehidupannya lebih stabil kini, figura berusia 22 tahun ini berkata, dia berharap kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.

Malah, kisah cintanya dengan seorang pelakon remaja, Eina Azman yang dikatakan menjadi punca kepada peristiwa berkenaan juga sudah lama tertutup dalam kamus hidupnya.

Bagi pemilik nama Muhamad Afiq Muiz Azman Shah ini, dia telah melupakan semuanya dan hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.

Di tebak pertanyaan adakah dia masih berhubung dengan pelakon Zombi Kilang Biskut itu, jelas pelakon yang lebih dikenali sebagai Afiq Muiz ini, mereka tidak pernah berhubung selepas mengambil keputusan untuk berpisah.

"Masing-masing sudah punya kehidupan dan hala tuju sendiri, saya dengan hidup saya dan begitu juga sebaliknya.

"Apa pun, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dia," katanya ketika dihubungi Zass.

Ditanya apakah dia tahu bekas kekasihnya itu bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Sikh, akui Afiq, dia ada mendengar khabar mengenai perkara itu.

"Orang nak bina masjid baguslah, benda baik perlu dipercepatkan. Saya harap apa yang dia rancang berjalan dengan lancar dan terus berbahagia dengan pilihan hati sehingga ke akhir hayat," katanya tidak ketinggalan mengucapkan selamat pengantin baru buat pelakon tinggi lampai itu.

Sementara itu, Afiq memberitahu, dia kini lebih selesa solo selepas peristiwa tersebut.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu ada sebarang hubungan cinta, bukan kerana serik, tetapi kalau ada, adalah nanti.

"Lagipun umur saya masih muda dan rasanya biarlah saya berikan tumpuan kepada keluarga dan karier sahaja," katanya bersyukur hubungan dengan ibu sudah pulih.

Tahun lalu, Afiq mencetuskan kontroversi apabila ibu kandungnya, Hasliza Mohd membuat pendedahan eksklusif meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.

Dia juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan Eina Azman sehingga dia dilabel anak derhaka.


Kontroversi tak jejas rezeki

Jarang muncul di kaca televisyen sejak kebelakangan ini, anak kedua daripada empat beradik ini berkata, dia sengaja merehatkan diri seketika daripada bidang lakonan selepas kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, jadualnya kerjanya kembali sibuk bagi pembikinan drama di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak awal tahun lalu.

"Memang saya jarang muncul tetapi mungkin bagi stesen televisyen lain, tetapi dengan RTM memang banyak drama yang saya lakonkan," kata teraju utama Hanya Dengan Bismillah ini.

Ditanya adakah kontroversi yang tercetus menjadi sebab dia kurang mendapat tawaran lakonan, beritahu Afiq, perkara itu tidak pernah menyekat rezekinya.

"Manusia tidak pernah terkecuali melakukan kesilapan dan Tuhan juga sentiasa memaafkan hambanya serta memberi rezeki kepada kita.

"Saya percaya kerana itulah rezeki saya tidak pernah kering setakat ini," katanya kini bernaung di bawah pengurusan produksi Global Station.

Sedikit perkembangan terbarunya, Afiq baru sahaja pulang dari Istanbul bagi pembikinan drama bersiri 26 episod iaitu Diespora Cinta.

Selain Afiq, drama ini turut dibintangi Fathia Latif, Zain Saidin dan Zarina AF.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP