Loading...
Wednesday, August 13, 2014

Kerana ‘Suka’ I Love Israel di Facebook, Pelajar tingkatan 5 disiasat mengikut Akta Hasutan


BLOG TAUHU SUMBAT

Kerana ‘Suka’ I Love Israel di Facebook, Pelajar tingkatan 5 disiasat mengikut Akta Hasutan

Seorang pelajar Tingkatan 5 di Pulau Pinang disiasat mengikut Akta Hasutan selepas menekan "Suka" di laman peminat "I Love Israel" di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) akta tersebut. Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas gurunya mengetahui tindakannya menekan "Suka" di laman sosial itu.

Guru tersebut berkongsi dalam akaunnya tentang tindakan pelajar itu, mengkritik tindakan tersebut hingga mengundang perhatian dan ancaman daripada pengguna Facebook lain. Terdapat juga pengguna Facebook menggesa pelajar itu diboikot, malah ada juga yang menulis komen supaya pelajar itu dibakar.

<!-- more -->

"Pelajar itu sekarang dalam ketakutan selepas kontroversi itu. Beliau juga sudah menutup akaun Facebook miliknya dan membuat laporan polis semalam. "Remaja dan guru tersebut juga sudah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Selatan," kata Abdul Rahim yang ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Nibong Tebal semalam.

Abdul Rahim juga berkata beberapa individu lain juga dipanggil untuk membantu siasatan. "Beberapa orang, termasuk guru dan pelajar daripada sekolah sama juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya. Dikatakan pelajar lelaki itu mendakwa menekan "Suka" laman peminat pro-Israel itu secara tidak sengaja.

Ketua Superintenden polis daerah Seberang Prai, Shafien Mamat berkata pihak polis akan menyiasat mengapa pelajar itu menekan "Suka" di laman peminat itu selain ancaman yang diterimanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Osman Hussain berkata guru yang bertanggungjawab mendedahkan tindakan pelajar tersebut juga diberikan peringatan supaya tidak membawa isu itu ke Facebook untuk membincangkan mengenai perilaku pelajarnya.

"Jika beliau buat lagi, beliau akan dipindahkan keluar dari Pulau Pinang," katanya hari ini, sambil menegaskan jabatannya tidak mempunyai kuasa kerana sudah menjadi kes polis. Osman juga memberi amaran kepada pelajar dan guru di negeri tersebut supaya tidak mengulangi insiden itu lagi.

"Kita perlu berfikir seperti seorang rakyat Malaysia. Kita bukan seperti negara Muslim lain atau negara kuasa besar, jadi kita mesti pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain.

"Pelajar mesti belajar untuk menghormati satu sama lain dan guru juga perlu ingat sejauh mana nakal pun pelajar mereka, mereka masih pelajarnya," kata Osman. - 13 Ogos, 2013. themalaysianinsider.com
POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP