Loading...
Thursday, August 7, 2014

Sebut 'Sakai': Bekas Pemimpin Umno Jerantut Mohon Maaf


BLOG TAUHU SUMBAT

Sebut 'Sakai': Bekas Pemimpin Umno Jerantut Mohon Maaf

Bekas pemimpin pemuda Umno Jerantut memohon maaf selepas dikatakan menyinggung perasaan masyarakat Orang Asli dalam tulisannya di Facebook mempertahankan projek pemeliharaan ikan sturgeon di Pahang.

Wan Zamzuri Wan Hasenan (kiri) bagaimanapun berkata beliau
menggunakan perkataan 'sakai' tanpa berniat menghina kerana ia istilah biasa di kalangan masyarakat Tembeling.

Perkataan itu juga, kata anggota jawatankuasa Pemuda Umno Jerantut pada 2013 itu, tidak bermaksud sebagai tidak berpengetahuan atau bodoh sombong.

“WZWH (Wan Zamzuri) tidak berniat untuk menghina orang Asli. Sama juga term Keling telah diguna lebih ratusan tahun dalam sastera dan persuratan Melayu. Orang Melayu lama tetap panggil Keling.

<!-- more -->
“Walau kini kononnya ada orang India marah. Jika statement WZWH boleh menyinggung (kumpulan Orang Asli) JKOAP, maka WZWH minta maaf,” katanya ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui mesej Facebook.

Beliau juga berharap perkataan 'sakai' juga tidak lagi digunakan oleh komuniti setempat ekoran aduan masyarakat Orang Asli.

"Harap statement rasmi dari WZWH ini boleh menenangkan semua pihak. Hidup Orang Asal!" katanya.

Wan Zamzuri, yang kuat berkempen untuk projek ikan itu pada 26 Jun menggunakan perkataan “sakai” apabila menyelar pihak yang menentang projek itu melalui kempen di laman Facebook.

Katanya, kaviar daripada ikan sturgeon merupakan ekonomi baru dan perdana menteri dan menteri besar sendiri mengakui projek ikan itu di Kuala Tahan sebagai bagus.

Dalam tulisan berasingan, beliau berkata, kerajaan yang meluluskan projek itu bukan kerajaan sakai, dengan menyiarkan gambar hitam putih Orang Asli dalam pakaian tradisional mereka.

Jaringan Kampung Orang Asli Pahang menganggap kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Orang Asli dan menuntut permohonan maaf secara terbuka.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sakai boleh membawa maksud orang di bawah perintah, orang bawahan yang boleh disuruh-suruh, hamba atau pengikut.

Ia juga, menurut badan itu, boleh merujuk kepada “nama untuk suatu kaum daripada Orang Asli, Senoi”.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/

BTS - Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tanggung sendiri... inilah dia pemimpin yang kurang cerdik....

SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP