Loading...
Saturday, August 16, 2014

Pimpinan Perkasa Pahang Letak Jawatan


BLOG TAUHU SUMBAT

Pimpinan Perkasa Pahang Letak Jawatan

KUANTAN - Yang Dipertua Perkasa Pahang dan kesemua 19 ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat negeri meletak jawatan hari ini selepas menghadiri satu mesyuarat tergempar.

Tindakan itu dilakukan berikutan Perkasa Pahang tidak bersetuju dengan pertubuhan itu yang didakwa mahu menjadi sebahagian dari badan politik dan terlibat dalam pembentukan pasukan khas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, para tiga dalam surat yang ditandatangani Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri bertarikh 10 Julai lalu memaklumkan ‘Presiden bersetuju supaya Perkasa membuat kajian akan keperluan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-14 sebagai ‘Kuasa Penawar’.
<!-- more -->
Menurutnya, mereka sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak menjadi satu badan politik.

“Perkasa Pahang tidak dapat menerima sama sekali keputusan ini kerana perjuangan asalnya adalah untuk Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja,” katanya kepada media di sini, hari ini. SinarHarian


POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP